Sambung belajar di Mesir tanpa SPM & STAM

0
1733

Maahad Buuth Al-Azhar adalah sekolah antarabangsa di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff, yang menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu-ilmu agama dan memasuki Universiti Al-Azhar Asy-Syariff, walaupun tidak mempunyai apa-apa sijil kelayakan akademik (seperti PT3, SPM, STAM dll). Seawal usia 14 tahun, seseorang sudah boleh mendaftar ke maahad tersebut dan mula belajar disana.

Sistem pengajian di Maahad Buuth Al-Azhar ini membahagikan para pelajar kepada dua bahagian, iaitu ; i) I’dadi (Tahap Menengah Rendah) dan, ii) Thanawi (Tahap Menengah Tinggi).

Setiap daripada dua bahagian tersebut terbahagi kepada tiga bahagian pula, Awwal (Pertama), Thaniy (Kedua), dan Thalith (Ketiga). Keseluruhan peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut ;

1) I’dadi Awwal
2) I’dadi Thani
3) I’dadi Thalith
4) Thanawi Awwal
5) Thanawi Thani
6) Thanawi Thalith

Sebelum dibahagikan kepada peringkat-peringkat tersebut, pelajar terlebih dahulu perlu menjalani Imtihan Qobul bagi menentukan peringkat yang bersesuaian dengan mereka. Oleh itu, tempoh maksima yang diambil oleh pelajar di Maahad Buuth ini adalah selama enam tahun, dan tempoh minima hanya 1 tahun, iaitu sekiranya pelajar tersebut terus masuk ke peringkat Thanawi Thalith melalui Imtihan Qobul.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Maahad Buuth Tanpa SPM & STAM Melalui Madrasah Daulah

Terdapat beberapa kelebihan bagi para pelajar yang menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar, Mesir, diantaranya adalah ;

1) Pengajian ilmu-ilmu yang meliputi ilmu-ilmu syarak dan juga ilmu-ilmu moden. Antara matapelajaran yang diajari di Maahad Buuth Al-Azhar ialah ; Fiqh, Tauhid, Al-Quran, Hadis, Nahu, Sorof, Imla’, Tajwid, Sirah, Khat, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis.

2) Pergaulan bersama-sama kenalan di sekolah yang menjangkaui lebih 100 warganegara lain dari segenap pelusuk dunia, justeru akan membantu para pelajar mematangkan diri dan mempertajamkan perbualan di dalam Bahasa Arab, serta dalam masa yang sama dapat bertukar-tukar pengalaman.

3) Dapat memanfaatkan kelebihan berada di para ulama’ dan awliya’ membolehkan para pelajar untuk menghadiri kelas-kelas talaqqi di luar maahad, seperti di Masjid Al-Azhar dan Mudhayafah (pusat-pusat talaqqi) di sekitarnya.

BACA JUGA :   Tamatkan Pengajian Hingga ke Ijazah Sarjana Bersama Madrasah Daulah.

4) Meluaskan pandangan dan mematangkan keperibadian dengan menempuhi pengalaman-pengalaman baharu di bumi Anbiya’ yang penuh cabaran.

Sesi pengambilan pelajar terkini bagi intake Mac dan April ke Madrasah Daulah dibuka buat anda yang :
.
• Berumur 13-21 tahun.
• Lelaki dan perempuan.
• Minat dalam bidang agama Islam.
• Tiada sijil SPM atau STAM.
.
BERMINAT?
.
Boleh terus menghubungi konsultan kami di
.
?Konsultan Nabila -0132853903 – (https://wa.Nabila/0132853903)
?Konsultan Juliza -0166742871 – (https://wa.Juliza/0166742871)
?Konsultan Suraya -0129118501 – (https://wa.Suraya/0129118501)
?Konsultan Nayli -0173431550 – (https://wa.Nayli/60173431550)
.
” Ayuh! Realisasikan impian anda bersama kami”
#studyabroad
#umurbukanpenghalang

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here