HULU LANGAT, 14 Februari 2019 – Datuk Seri Najib Razak tak terasa hati apabila Datuk Seri Azmin Ali menggelarnya “pencuriku” untuk menjawab slogan “bossku” yang sering digunakan para penyokong bekas perdana menteri.

“Saya pencuri hati rakyat,” katanya Najib ringkas kepada pemberita.

Jawapan itu disambut sorakan hampir seribu yang menyertai program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya di Semenyih, malam ini.

Berpakaian serba hitam, beliau tiba bersama rombongannya sekitar pukul 8.30 malam.

Beliau menerima sambutan hangat hadirin dengan laungan takbir, “malu apa bossku” dan “bos kita” menyambut ketibaannya.

Mengenai kunjungannya ke Tesco malam tadi, ahli Parlimen Pekan berkata pemimpin masyarakat memintanya turun membeli belah di situ dan meninjau keadaan setempat.

BACA JUGA :   "Eh, tadi AJL sebut apa? Kita Geng !" -DS Najib

“Saya pun tak sangka sambutan yang luar biasa. Sama sekali menunjukkan rakyat memang nak dekat dengan saya.

“Mudah-mudahan ia akan diterjemahkan kepada sokongan nanti,” kata Najib.

Pengundi DUN Semenyih akan memilih pada 2 Mac nanti. Hari penamaan ditetapkan pada 16 Februari.

Dalam lawatan 30 minit itu, Najib membeli cili, air mineral, kordial laici dan kacang tanah. Dia ditemani para penyokong yang memakai kemeja biru gelap.

Ketika diminta mengulas harga barangan yang dijual, beliau berkata tidak sempat untuk membuat tinjauan secara keseluruhan kerana “terlalu ramai orang mengerumuninya”.

“Jadi saya tak dapat buat tinjauan, tapi daripada komen orang ramai mereka mengeluh dengan harga barang yang meningkat,” katanya lagi.

BACA JUGA :   Datuk Seri Najib Razak perlu DIJATUHKAN ?

Selepas membeli barangannya, Najib beransur ke gerai mamak berdekatan dan bergambar dengan para pengunjung.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here