Banyak betul cerita-cerita mengenai Suhaimi Saad kebelakangan ini. Dari isu vaksin, sampailah ke isu bumi ini rata yang turut melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar.

Terbaru, Suhaimi Saad telah berkongsi dan memuatnaik satu foto anak-anaknya yang sedang bergaya di laman Instagramnya, Mosus Official.

Suhaimi Saad atau lebib dikenali sebagai SS ini telah meletakkan ‘caption’ yang mengatakan bahawa anak-anaknya bakal mempunyai single pertama tidak lama lagi.

Dia juga turut meminta orang ramai agar mendoakan agar segala perancananya itu berjalan dengan lancar.

SS turut memuatnaik satu lagi foto yang menjelaskan maksud pelapis itu.

Netizen rata-ratanya menguji kecomelan anak-anak Suhaimi Saad, malah ada yang mendoakan agar semunya berjalan lancar buat PELAPIS. Tidak kurang ada yang mengecam beliau.

BACA JUGA :   Cuti Sekolah Dah Nak Habis! Tips Untuk Anak Anda Mudah Bangun Pagi.

Maklumlah, anak-anaknya tidak dihantar ke sekolah, malah disuruh menjadi penyanyi pula.

Hasil perkahwinan Suhaimi Saad dan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu:]

  • Ehmad Hadie Elfardie (2008)
  • Sallman Elkhoyri (2010)
  • Pyrosh Elfadwah (2012)
  • Nur Layla Elghurfrony (2014)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here