Baru-baru ini Kementerian Kesihatan melalui Facebook rasminya telah mengeluarkan kenyataan mengenai tujuh jenis ubat yang digunakan untuk merawat darah tinggi yang ditarik balik kerana mengandungi bahan aktif terlarang.

Susulan penarikan semula tujuh ubat jenis losartan tersebut, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik berikutan ia turut digantung pendaftarannya bermula 7 Mac lalu.

Dr Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan berkata, bahan yang terdapat dalam ubat losartan tersebut itu tidak mempunyai kesan jangka masa pendek, justeru, mereka yang masih memilikinya hanya perlu menghentikan pengambilan ubat berkenaan dan mengembalikan semula kepada pembekal.

Menurut beliau, produk tersebut telahpun dikeluarkan dari pasaran Malaysia melainkan mereka yang memiliki stok lama ubat tersebut.

 

“Jadi kalau sudah makan jangan panik. Apabila pendaftaran ubat itu ditarik balik ia tidak boleh lagi dijual dan mereka yang telah beli ubat berkenaan harus memulangkannya semula kepada pembekal bagi mendapatkan gantian untuk jenama lain.

BACA JUGA :   Hutan hujan Amazon terus terbakar, jutaan spesies istimewa berdepan kemusnahan

“Ubat losartan ini mempunyai banyak jenama tetapi yang terlibat cuma beberapa jenama kerana tercemar dengan bahan tidak diingini.

Boon Chye mengulas mengenai penarikan semula tujuh produk ubat-ubatan berkenaan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA).

Menurut beliau, impuriti tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam tempoh jangka masa panjang.

Ahli farmasi dapat memastikan keselamatan ubat kepada pengguna. Mereka yang berada dalam bidang farmasi mengetahui segala kandungan jenis ubat, ubat yang berdaftar atau tidak, ubat yang boleh di makan anda.

BACA JUGA :   Kenali Daulah Educonsult - Konsultan Pendidikan Terbaik Di Malaysia

Macam mana mereka boleh jadi ahli farmasi? Anda berminat untuk menjadi ahli farmasi?

Moubhdcu o

Sudah semestinya anda dapat merealisasikan cita-cita anda dengan menyambung pengajian ke luar negara melalui Daulah Educonsult.

Apa itu Daulah Educonsult?

Csajd4aa o

Daulah Educonsult merupakan agensi yang berpengalaman dalam menguruskan dan menghantar pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah Educonsult juga menyediakan perkhidmatan Kaunseling secara percuma. Sekali lagi secara PERCUMA. Anda tidak perlu ragu-ragu kerana anda mampu menyambung pengajian ke luar negara di Poland, Mesir, Turki, Indonesia, Rusia dan Bangladesh dengan Daulah Educonsult.

1rdmpfk6 o

BERMINAT?

JIka anda berminat dan ingin realisasikan cita-cita anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form.

Bagi anda yang berminat dan ingin ketahui lebih lanjut boleh menghubungi Daulah Educonsult. Anda juga boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult secara langsung di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here