Langkawi, 1 April 2019 – Identiti dua daripada tiga mangsa yang dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bukit Malut, di sini pagi tadi sudah dikenal pasti.

Mereka adalah Nor Suhaila Ahmad, 41, dan anaknya, Mohd. Naufal Mohd. Nahar, 6, manakala identiti seorang lagi mangsa yang rentung 100 peratus sedang dalam proses pengecaman.

Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah terbabit.

 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kira kira jam 6.59 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, bergegas ke lokasi terbabit bagi melakukan proses pemadaman.

Jelasnya, selepas kerja-kerja pemadaman selesai, pihak bomba berjaya menemui mayat seorang lelaki rentung sepenuhnya manakala mayat kanak kanak bersama ibunya ditemui di bilik air.

“Masa bomba sampai api memang telah marak terbakar dan kebakaran berjaya dipadamkan. Selepas bomba buat pemeriksaan mendapati ada tiga mayat rentung di dalam rumah, yang dipercayai ahli keluarga, dimana seorang lelaki ada di bahagian ruang tamu manakala wanita dan budak kecil berada di ruang bilik air di bilik utama.

“Kemungkinan (mangsa) terperangkap semasa kejadian untuk melarikan diri, boleh dikatakan seratus peratus (mangsa) lelaki itu (ayah), seratus peratus memang nampak dan perempuan tu masih nampak fizikal lagi,” kata Mohd Iqbal.

Iqbal menjelaskan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here