Mana-mana makanan yang tidak direka khas untuk kucing tapi anda memberi si comel anda makan ia boleh menyebabkan terjejasnya sistem pencernaan, muntah, cirit-birit, atau kehilangan selera makan. Berikut adalah beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing.

Alkohol


Memberi minuman beralkohol kepada kucing anda boleh menjadi sangat berbahaya. Ia boleh menyebabkan mabuk, koma dan kematian. Alkohol sangat toksin untuk kucing kerana ia diserap dengan sangat cepat oleh badan.

Telur mentah


Memberi kucing anda makan telur mentah bukanlah idea yang baik. Seperti manusia, kita tidak digalakkan memakan telur mentah kerana makan telur mentah boleh menyebabkan salmonella. Gejala keracunan salmonella termasuk cirit-birit, muntah-muntah dan kelesuan.

BACA JUGA :   Lelaki Singapura sembunyi kucing dalam seluar ditahan

Bawang putih & merah


Image result for onion gif

Bawang putih dan bawang merah boleh menyebabkan kerosakan pada sel darah merah kucing anda dan menyebabkan anemia. Makanan ini biasanya beracun apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak. Antara kesannya ialah kelesuan, lemah, selera makan yang kurang, gusi pucat dan air kencing lebih pekat dan keruh.

Ikan mentah


Related image

Ikan mentah tidak selamat untuk memberi kepada si comel anda, kerana ia boleh menyebabkan kecenderungan “gastrointestinal” dalam kucing atau keracunan kerana bakteria yang dibawa oleh ikan mentah. Selain itu ia juga boleh memusnahkan vitamin yang penting untuk kucing, “thiamine” Apabila vitamin ini hilang, ia boleh menyebabkan masalah neurologi dalam kucing anda. Kesannya boleh menyebabkan kehilangan selera makan, sawan dan kematian.

BACA JUGA :   Belajar Bidang Veterinar Di Universiti Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult

Susu


Image result for cat drinking cow milk gif

Mungkin mengejutkan, produk tenusu tinggi dalam senarai apa yang tidak boleh dimakan kucing. Ini kerana sesetengah kucing adalah tidak bertoleransi laktosa jadi jika mereka makan produk tenusu ia boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit.

Ini hanya beberapa “makanan” yang perlu diperhatikan. Pastikan mengenalpasti dahulu sebelum memberi apa-apa kepada kucing anda. Ingat bahawa makanan kucing sudah cukup berkhasiat untuk memenuhi semua keperluan pemakanan kucing anda. Lebih baik mencegah dari merawat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here