Andakah anda tahu  bahayanya merokok pada tubuh badan kita. Kesan merokok boleh membahayakan hampir semua organ tubuh dan menyebabkan banyak penyakit. Secara umumnya, merokok dapat mengurangkan kesihatan perokok aktif. Kesihatan seseorang yang terdedah kepada asap rokok (perokok pasif) juga turut sama-sama berbahaya. Ketahui lebih lanjut mengenai bahaya rokok di bawah.

Nah, inilah kesan bahaya merokok yang mungkin tidak pernah anda dengar sebelumnya:

1. Kesuburan

Bahaya merokok pada pembiakan dan kesuburan agak fatal. Hal ini demikian kerana tabiat merokok boleh meningkatkan risiko mati pucuk (kesan disfungsi), kerosakan sperma, mengurangkan bilangan sperma dan menyebabkan kanser testis.

2. Bau Nafas dan Kerosakan Gigi

Bahaya merokok boleh menyebabkan nafas berbau dan gigi menjadi warna kuning. Ia juga boleh menyebabkan penyakit gusi. Bahaya rokok yang paling serius dapat meningkatkan risiko kanser lidah, tekak dan bibir.

3. Tulang Rapuh

Bahaya rokok juga dapat menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh dengan cepat. Terutamanya bagi perokok wanita, 5-10% mungkin menderita osteoporosis berbanding mereka yang bukan perokok.

4. Penyakit Pulmonari Kronik (COPD)

Bahaya merokok untuk kesihatan boleh menyebabkan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). COPD adalah penyakit progresif yang menyukarkan seseorang untuk bernafas. Ramai perokok tidak sedar bahawa mereka telah terjejas oleh penyakit ini. Untuk pengetahuan anda, penyakit ini tidak mempunyai ubat dan tidak ada cara untuk menyembuhkannya.

BACA JUGA :   PERSATUAN PERGIGIAN AMERIKA PUN HARAMKAN PENGGUNAAN SERBUK ARANG

 5. Serangan Jantung

Karbon monoksida adalah gas beracun tanpa bau dan juga warna yang menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

 

6. Kanser

Kanser paru-paru adalah penyebab utama kematian kanser pada lelaki dan wanita. Hal ini adalah kerana ia sangat sukar untuk dirawat. Bahaya merokok untuk kesihatan dapat menyebabkan pelbagai jenis kanser, kerana asap rokok mengandungi ribuan bahan kimia di dalamnya.

Berhenti Merokok!

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa rokok mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia aktif yang boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh anggota badan.

Merokok boleh mengakibatkan kematian – ya itu satu fakta!

Ramai orang yang tidak mengendahkan perkara ini kerana mereka tidak dapat merasakan masalah kesihatan tersebut pada masa sekarang. Hal ini kerana masalah tersebut akan datang pada masa hadapan jika mereka tidak berhenti dengan serta merta.

BACA JUGA :   BERHENTI ROKOK JIKA INGIN HIDUP SIHAT

Harap artikel ini membantu anda. Silalah berkongsikan artikel ini kepada orang yang anda sayang agar mereka boleh menjauhi rokok – ataupun dapat jadikan sebagai pengajaran agar berhenti merokok.


DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here