Anda pasti masih tercari-tercari jawapan kepada soalan “Apa Perkara yang Sebenarnya  Anda Perlu Untuk Berjaya?”

    Adakah cukup jika anda mempunyai akses kepada gudang maklumat seperti kedai buku dan Google?

  Cuba fikir semula, sewaktu anda pertama kali belajar berenang, bolehkah anda melakukannya atau tidak? Adakah dengan hanya membaca buku tentang “Cara Berenang dengan Baik “, anda sudah boleh berenang?

    Saya rasa orang yang telah membaca buku tentang bagaimana untuk berenang berkali-kali akan tenggelam juga semasa memasuki kolam. Membaca tidak akan dapat membuat anda menguasai sesuatu kemahiran.

   Jadi apa yang anda perlukan untuk dapat menguasai sesuatu kemahiran? Atau sebaliknya, apakah yang diperlukan untuk berjaya?

Jawapannya ialah: ANDA MEMERLUKAN PEMBIMBING/MENTOR/JURULATIH.

#1

    Seorang mentor yang bagus dapat memberikan ringkasan yang jelas tentang urutan perkara yang perlu dipelajari dan yang perlu dilakukan. Hal ini deikatakan demikian kerana mereka lebih berpengalaman.

BACA JUGA :   4 Idea Bisnes Mudah Yang Memberikan Pulangan RM10,000 Sebulan

#2

    Di samping itu, mereka juga dapat memberikan motivasi supaya anda berani untuk mengambil langkah pertama. Seperti yang kita tahu langkah ini merupakan langkah yang paling sukar untuk dilakukan.

#3

    Seorang mentor akan membantu anda lebih fokus untuk melakukan perkara-perkara yang paling penting terlebih dahulu. Mereka juga akan membantu anda mengabaikan perkara yang anda tidak perlu tahu. (Hal ini sangat penting. Lagi-lagi anda mempunyai akses kepada maklumat yang tidak terbatas seperti hari ini!) Mereka yang mempunyai banyak maklumat biasanya keliru yang menyebabkan mereka tidak akan mengambil tindakan!

#4

    Selain itu, seorang mentor akan memberi anda semangat/motivasi untuk bangkit semula jika anda patah semangat saat menghadapi kesulitan. Mereka juga akan memberikan anda pandangan dan solusi tentang perkara tersebut.

BACA JUGA :   Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong Berjaya Meraih Pingat Emas Negara

Dan banyak lagi …

    Hatta, CARA PALING CEPAT UNTUK BERJAYA dalam bidang tertentu adalah dengan menemukan Pembimbing/Mentor/Pelatih yang SUDAH BERJAYA dalam bidang tersebut. Mereka juga perlulah menajdi seorang yang mengetahui cara untuk membimbing dan mengajar secara efektif.

    Jarang sekali kita dengar, seorang pemain bola yang hebat menjadi jurulatih bola sepak hebat. Kita juga jarang mendengar juara badminton menjadi jurulatih badminton yang hebat.

    Oleh itu, jika anda ingin mencari seseorang yang berjaya dan boleh membimbing anda supaya anda juga boleh berjaya seperti mereka bukanlah suatu perkara yang mudah.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here