Sejak Ogos lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menegaskan, pembangunan Kampung  Baru adalah untuk menambah jumlah orang Melayu di Kuala Lumpur dan bukannya berniat menghalau orang Melayu keluar. Apapun, perancangan kerajaan dalam usaha pembangunan ini masih diragui ramai pihak.

Baru-baru ini Khalid Samad menimbulkan isu kontroversi pembelian tanah kampung baru. Kerajaan telah menawarkan harga 850 kaki sepersegi bagi sebarang pembelian tanah Kampung Baru dalam usaha membangunkan semula Kampung Baru.

Bagaimanapun, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa  supaya tidak membeli tanah tersebut di bawah harga pasaran bagi menjamin warisan tanah itu kekal dalam pemilikan kaum asal seperti diamalkan oleh negara maju, termasuk Singapura. Setiausaha Agung DPMM  turut mempertikaikan harga RM850 sekaki persegi yang ditawarkan kerajaan  adalah rendah sambil menambah ia dikatakan melebihi RM2,000 sekaki persegi.

KENYATAAN MENTERI

Kenyataaan Setiausaha Agung DPMM dibalas oleh Khalid Samad dengan mengatakan pihaknya menerima pandangan DPMM  bahawa tanah Kampung baru melebihi nilai yang kerajaan tawarkan.

”Saya menyambut baik pandangan Setiausaha Agung DPMM bahawa harga yang sepatutnya bagi tanah Kampung Baru adalah RM2,000 sekaki persegi dan bukannya RM850 sebagaimana kami tawarkan. Saya berharap pandangan ini adalah pandangan kolektif DPMM sendiri dan ianya berdasarkan penilaian yang dilakukan secara profesional.

Sehubungan itu, saya mengalu-alukan sekiranya DPMM mengusahakan agar tanah di Kampung Baru dibeli dengan harga RM2,000 sekaki persegi itu. Saya yakin berdasarkan penilaian profesional dilakukan, DPMM akan mampu mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan untuk menjayakan pembelian ini.”

Kenyataan media Khalid Samad ini dikecam ramai pihak termasuklah Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup kerana disifatkan bernada memerli dan tidak profesional apatah lagi kenyataan ini dimuatkan dalam Surat Kementerian.

Kata  Rosdzaman, sikap Khalid yang memerli mana-mana pihak yang membangkitkan persoalan dan cadangan  berkaitan isu  ini mencerminkan ketidakikhlasan Kerajaan  dalam membantu masyarakat Melayu-Islam.  Beliau turut menyeru  kerajaan memberi tumpuan dulu terhadap usaha membangunkan kawasan-kawasan yang dikatakan menjadi sarang maksiat seperti  Chow Kit dan Petaling Street.

SEJARAH KAMPUNG BARU

Sebenarnya, Kampung Baru sering terhimpit di antara proses  modenisasi ibu kota dan simbol penyertaan orang Melayu.

Menurut penyelidik bebas Abdul Razzaq Lubi, Kampung Baru telah  berusia 118 tahun dan mempunyai nilai yang tinggi. Kampung ini juga dikatakan merupakan bukti penempatan orang melayu di Kuala Lumpur. Dalam  menjelaskan sejarah  pembangunan Kampung Baru, Abdul Razak Lubi juga merujuk desertasi Doktor Falsafah Profesor Terence Gary,Malays in Kuala Lumpur City: Geographical Study of the Process of Urbanization(1969) untuk menjelaskan latar belakang pembangunan kampung Baru yang disebabkan perubahan struktur ekologi Kuala Lumpur.

Dalam desertasi Profesor Terence Gary, telah dijelaskan  kehilangan dominasi terhadap kawasan bandar dan tarikan ekonomi oleh orang Melayu telah mendorong orang Melayu keluar dari wilayah Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan kemasukan pelombong Cina antara tahun 1860 dan 1880. Hal ini juga menyebabkan pemisahan kaum yang membabitkan dua kaum utama Melayu dan  Cina selain menyebabkan pertambahan populasi pesat di Selangor pada tahun 1880.

Selanjutnya pada tahun 1899, bermulanya proses membangunkan kawasan penempatan orang Melayu terbesar di atas tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) yang selanjutnya dikenali sebagai Kampung baru. Sehingga kini, Kampung Baru mempunyai keluasan sebanyak 223 ekar dan menanungi tujuh kampung seperti Kampung Periuk, Kampung Pindah, Kampung Masjid, Kampung Hujung Pasir, Kampung Atas A, Kampung Atas B dan Kampung Paya.

ISU PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Urusan Pentadbiran Kampung Baru telah diletakkan di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS atau Malay Agricultural Settlement yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baru di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS. Lembaga ini berperanan menguruskan dan membuat undang-undang kecil yang merangkumi syarat pelan bangunan dan sambungan rumah.

Menurut MAS, orang kampung baru hendak membuat pembangunan di Kampung Baru melalui cara sendiri. Penduduk Kampung Baru juga  tidak menolak pembangunan tetapi sebelum sebarang keputusan diambil, perlu mendapat kelulusan semua pemegang tanah.

Pada masa yang sama, aktivis belia Kampung Baru, Mohamad Sharil Saleh  menegaskan generasi muda pewaris tanah Kampung Baru tidak membantah pembangunan, tetapi mereka cuma menginginkan pembinaan model  atau sistem yang boleh meyakinkan pihak mereka bahawa hak milik mereka tidak berubah dan jatuh ke tangan lain ketika pembangunan dijalankan. Hal ini bagi memastikan tradisi dan tanah warisan mereka dipertahankan untuk generasi seterusnya.  Selain itu, generasi muda di situ juga tidak menganggap Rm 850 sekaki persegi sebagai tawaran terbaik.

RUJUKAN

Facebook Khalid Samad 

https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/09/470564/kampung-baru-sebuah-sejarah-melayu

https://www.thethirdforce.net/kampung-baru-sikap-khalid-samad-mencerminkan-ketidakikhlasan-kerajaan-pakatan-harapan/?fbclid=IwAR2iyLT6zMMK8oVwaKnd4YoY1TCVomWHafIkeuCib-KD8z2AB6YxEqYkuvo

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-main-letak-harga-semua-tanah-di-kampung-baru-rm850-1.978991?fbclid=IwAR2tzs2EuBh4eF7zlkF7_YeECO2E8b9YUOc9Y1bq9b7RTCMAeS-BUiYx-Gs

JOM BELAJAR DI RUSIA! NIKMATI PENGALAMAN TERBAIK DALAM MENDAPATKAN NASIHAT PENDIDIKAN ANDA BERSAMA DAULAH MEDIC.COM!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322 

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 

Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here