Rusia merupakan negara yang cukup bagus untuk anda yang ingin menyambung pengajian ke luar negara terutamanya buat anda yang bercita-cita untuk menyambung pembelajaran dalam jurusan perubatan kerana di Rusia, mereka menawarkan pendidikan perubatan yang sangat bagus serta diiktiraf.
Kalau anda nak sambung belajar dalam bidang perubatan, Rusia harus dijadikan pilihan! Sebab apa? Di sana ada banyak universiti-universiti hebat dalam bidang-bidang tersebut. Ini antara senarai universiti-universiti yang boleh anda target untuk masuk.
Jangan risau, universiti dalam senarai ni antara yang terbaik kat sana!
#1. KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY
KSMU merupakan salah satu universiti yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia dengan lebih 1,500 pelajar Malaysia ada di universiti ini.
Universiti ini dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap seperti klinik dan makmal perubatan. Tambahan itu, mereka juga menyediakan asrama berdekatan kampus, surau, makanan halal yang mudah untuk didapati serta berdekatan dengan pusat beli belah.
Paling penting, anda harus menjadikan Kursk State Medical University sebagai tempat untuk anda menyambung pengajian ialah kerana yuran pengajian dan kos sara hidup di sana tidak terlalu tinggi berbanding universiti perubatan yang lain.
PENGAMBILAN : FEBRUARI, APRIL, JUN & SEPTEMBER
#2. NIZHNY VOLGOGRAD UNIVERSITY
Nizhny Volgograd merupakan sebuah lagi universiti perubatan yang disegani dan terkenal. Universiti ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan, penyelidik serta doktor yang terkenal di dunia serta berpengalaman luas dalam bidang perubatan. Ianya kini diketuai oleh ahli sains Rusia terkemuka dan ahli Akademi Akademi Sains Perubatan Rusia, Profesor Vladimir I. Petrov.
Universiti ini mempunyai empat buah bangunan pendidikan, lima hospital pelbagai profil besar, Pusat Kanser, Pusat Jantung, hospital pertolongan cemas, tiga hospital penyakit berjangkit, lima hospital gigi, empat pusat fisioterapi, Pusat Tuberculosis, tiga Pusat Ortopedik yang mempunyai 7,000 pesakit. Pusat jantung di sini merupakan salah satu yang terbaik di Rusia.
Sukatan pelajaran pendidikan berorientasikan kepada kerja individu dengan pelajar. Kelas diadakan dalam kelompok 8 pelajar setiap guru yang mengingini perhatian pelajar individu yang membolehkan pelajar menjadi mahir dalam semua bidang.
PENGAMBILAN : SEPTEMBER
#3. I.M SECHENOV MOSCOW MEDICAL ACADEMY / MOSCOW STATE MEDICAL UNIVERSITY (MSMU)
I.M. Sechenov Universiti Perubatan Negeri Pertama Moscow (Sechenov University) dianggap sebagai salah satu Universiti Perubatan Top di Rusia. Ia juga merupakan university terbesar di Rusia yang pada awalnya dikenali sebagai “First Med.”
MSMU bertanggungjawab dalam melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia dan telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di Rusia.
Ianya terletak di pusat bandar raya yang mempunyai akses kemudahan yang anda inginkan seperti kemudahan seperti makmal, perpustakaan terbaik di Rusia, pusat perubatan yang mempunyai 18 buah klinik dengan pelbagai jenis bantuan perubatan serta asrama yang baru sahaja dibina. Jarak antara universiti ke Kedutaan Malaysia di Rusia hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Daulah Educonsult mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.
Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Cik Karmila di nombor 011-26049599
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk
info pantas atau boleh ke talian :-
Konsultan Pendidikan :011-26049599 (Cik Karmila)
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)