Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Zulkarnain menjadi pilu apabila tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi semalam.

Rindu Keluarga

Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23, mendedahkan bahawa Zulfarhan memberitahu bahawa dia merindui kedua ibu bapanya dan ingin meminta maaf.

Tambahnya, sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Muhammad Akmal ketika itu keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS).

“Pada waktu itu, Zulfarhan ada muntah sekali. Dan dia meminta maaf kerana telah menyusahkan saya. Saya bagitahu dia tak ada masalah kita kawan dan Zulfarhan bagi tahu dia rindu mak dan ayahnya dan mahu minta maaf.”

“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit.”

“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter secara meniarap. Selang beberapa minit selepas itu, Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan dan memanggilnya, namun tiada tindak balas. Lalu saya pegang tangan dia dan saya rasa tangan dia sejuk,” katanya.

Imbau Kenangan

“Tiba-tiba Zulfarhan mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya,” katanya. Namun ketka itu, Zulfarhan sudah berada dalam keadaan lemah.

BACA JUGA :   Solat Tarawih Secara Dalam Talian Adalah Tidak Sah

Bantuan Kecemasan Tiba

Tertuduh kemudian menelefon ambulans dan sebelum tiba, pihak hospital mengarahkan mereka untuk mengerengkan Zulfarhan.

Anggota paramedik tiba dan membuat pemeriksaan, namun tiada tindak balas dan Zulfarhan dibawa ke Hospital Serdang.

Setibanya di hospital, kedua-dua tertuduh membuat pendaftaran di wad kecemasan hospital tersebut.

Kakitangan hospital memberitahu bahawa Zulfarhan masih ada denyutan nadi namun pada jam 9.30 malam Zulfarhan sah meninggal dunia.

Permohonan Maaf

Muhammad Azamuddin membuat permohonan maaf selepas peguamnya, Amer Hamzah Arshad menyoalnya sama ada mahu mengatakan sesuatu kepada keluarga Zulfarhan.

“Saya mewakili sahabat-sahabat  memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam keadaan sebak  semasa membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

“Walapun Zulfarhan sudah pergi bertemu pencipta, saya dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Perkenalan kami bermula pada tahun 2014. Walaupun saya dan Zulfarhan berbeza dalam jurusan tetapi UPNM menanamkan erti persahabatan dan prinsip ‘no man left behind’ menyebabkan saya dan dia berkawan baik,” katanya.

Seterika Wap

Dalam keterangan, pada 22 Jun 2017, Muhammad Azammudin berkata dia hanya melalukan seterika wap itu di atas bahu dan paha Zulfarhan selama satu saat dan tidak bersentuhan dengan kulit.

“Saya ambil seterika wap itu apabila Mubin (rakan tertuduh) cakap Zulfarhan kena ajar sikit, selepas itu saya gunakan,” katanya.

Kenapa Perlu Lakukan Juga?

Ditanya lagi mengapa melakukan perbuatan tersebut yang boleh menyebabkan kematian sedangkan dia dan Zulfarhan bersahabat baik.

Muhammad Azamuddin menjawab: “Pada saya, tindakan saya hanya untuk menasihati Zulfarhan sebab saya tahu bagaimana perangai Zulfarhan.”

BACA JUGA :   Kursus Pra-perubatan di Kursk State Medical University

“Ketika saya melakukan perbuatan itu saya langsung tidak tahu ia mampu mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan.”

“Saya tiada niat untuk mencederakan, jauh sekali untuk saya melakukan pembunuhan,” katanya.

Mahkamah Tinggi Perintah Membela Diri

18 pelajar UPNM diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh.

Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Pendakwaan

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman.

Berminat Sambung Pengajian Ke Luar Negara? Tapi Tidak Tahu Bagaimana?Daulah Educonsult Ada Jawapannya.

Daulah Educonsult menyediakan perkhidmatan perundingan pendidikan secara percuma. Mempunyai pengalaman yang banyak dalam menguruskan pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara seperti Indonesia, Mesir, Bangladesh, Poland, Rusia, dan Turki.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here