Allah menciptakan haiwan di dunia adalah untuk manusia menggunakan khidmat dan manfaatnya. Namun ada juga yang diharamkan dalam Islam.

Deenamik ingin berkongsi kepada anda beberapa haiwan yang dlarang dibunuh dalam Islam.

Semut

Islam melarang umat Islam membunuh semut tanpa sebarang sebab. Hal ini demikian kerana semut mempunyai surah khas untuk mereka iaitu surah An-Naml,  yang diambil bersempena dengan kisah Nabi Sulaiman A.S.

Surah itu menceritakan Nabi Sulaiman A.S dan ketua semut yang berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman A.S memohon pertolongan agar bala tentera Nabi Sulaiman A.S tidak memijak mereka.

Lebah

Terdapat satu surah dalam al-Quran yang menjelaskan peranan besar lebah dalam hidup manusia.

Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 menyatakan dengan jelas arahan Allah S.W.T pada lebah di mana mereka patut tinggal, tugas mereka sebagai makhluk Allah di muka bumi dan faedah terbesar yang dibawa oleh lebah kepada manusia.

Burung Hud-Hud

Merupakan antara salah satu haiwan yang disebut dalam surah An-Naml bermula dengan ayat 22.

Surah tersebut menceritakan usaha burung hud-hud ini memerhatikan manusia dan hubungan spesies ini dengan Nabi Sulaiman A.S.

BACA JUGA :   Drama Korea Selatan Yang Mendapat Rating Tertinggi Tahun 2019

Burung yang cerdik ini juga yang menjadi utusan Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat kepada Ratu Balqis.

Burung Shurad

Burung ini tidak disebutkan dalam mana-mana surah dalam Al-Quran.

Namun Nabi Muhammad S.A.W dalam dua buah hadis yang dirwayatkan dari Ibnu Majah ” Rasulullah S.A.W melarang membunuh shurad, katak, semut dan hud-hud.”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. di berkata, Rasulullah melarang kami membunuh empat macam binatang : semut, lebah, burung hud-hd dan burung shurad (HR. An-Nasa’i dan Ahmad)

Burung ini hidup di kawasan Afrika dan tinggal di padang dan savana.

Katak

Dalam hadis (HR Ahmad) dijelaskan bahawa seorang tabib pernah mengungkapkan kepada Rasulullah mengenai penggunaan katak sebagai campuran untuk membuat ramuan dalam perubatan.

Disebabkan itu, Rasulullah melarang untuk membunuhnya.

Labah-Labah

Labah-labah pernah menolong Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ketika mereka sedang bersembunyi di dalam Gua Tsur dari kaum kafir Quraisy.

Seekor labah-labah segera membuat sarang dan menutupi mulut pintu gua seolah-olah tiada orang berada di dalam gua berkenaan.

BACA JUGA :   UJIAN KEMASUKAN KE LUAR NEGARA YANG WAJIB ANDA TAHU!

Keadaan ini menyebabkan kaum kafir Quraisy yakin bahawa Rasulullah tiada di dalamnya.

Berikut merupakan antara haiwan yang dilarang untuk dibunuh. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran untuk berfikir, sewajarnya kita sebagai manusia seharusnya menjaga dan melindungi haiwan-haiwan ini.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Ayuh Daftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here