Plasma darah adalah sejenis cecair yang berwarna kekuningan dan ia adalah komponen penting dalam darah manusia.

Setiap kali penderma menderma darah, pihak Pusat Darah Negara akan mengasingkan darah kepada beberapa komponen iaitu sel darah merah, plasma dan platelet.

Setiap komponen yang diasingkan itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat pesakit bergantung jenis penyakit.

Fungsi utama plasma darah adalah membawa bahan-bahan yang diperlukan badan kerana plasma darah ini membawa air, nutrien, garam mineral, antibodi, dan protein enzim.

Plasma darah ini membantu mempercepatkan kesembuhan wabak COVID-19 yang melanda negara seluruh dunia ketika ini.

Ini kerana plasma darah itu sendiri mempunyai fungsi membawa nutrien, hormon dan protein dalam darah ke seluruh badan.

BACA JUGA :   UIN Suska Menawarkan Bidang Pengajian Islam yang Diiktiraf

Menariknya, individu yang sembuh sepenuhnya dari COVID-19 berjaya menghasilkan sistem imun yang bertindak balas kuat hingga mampu melawan dan menghapuskan virus SARS.

Antibodi diambil dari mereka yang telah pulih dari COVID-19, tindakan ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit COVID-19.

Prose pengambilan plasma ini sama seperti proses menderma darah dan proses seterusnya dilakukan oleh Pusat Darah Negara.

Setiap plasma dikatakan mampu membantu beberapa orang pesakit dan tidak hanya tertumpu pada seorang sahaja.

Penderma mestilah tidak mempunyai penyakit kronik atau mengambil ubat dalam tempoh berpanjangan.

Sumber Astro Awani

Jom daftar pengajian di luar negara untuk sesi 2021 bersama Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Jepun Catat Kes Baru COVID-19

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here