Eropah yang kini sedang mengharungi minggu paling sukar dalam menangani COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Ia adalah kerana berlakunya peningkatan dalam bilangan kematian terutamanya di Britain dan Amerika Syarikat.

Ratu Elizabeth II memberi perutusan khas di televisyen menyeru agar rakyat bertenang selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang disahkan positif COVID-18.

Itali pula menunjukkan tanda-tanda positif bahawa gelombang COVID-19 yang semakin reda dengan mencatatkan angka terendah.

Sepanyol dan Perancis masing-masing menunjukkan penurunan dalam angka kematian.

Manakala di New York, angka kematian melonjak dalam tempoh 24 jam iaitu lebih dari 4,100 orang.

Dalam tempoh tiga bulan, COVID-19 telah mencatatkan angka korban lebih 69,000 nyawa dan mengakibatkan separuh penduduk dunia terpaksa berkurung.

BACA JUGA :   Penyakit ‘Kawasaki’ dalam Kalangan Kanak-Kanak COVID-19

Ia juga dijangka membawa kepada kemelesetan ekonomi global.

Dengan anggaran 1.25 juta orang dijangkiti, COVID-19 memberi tekanan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan negara miskin dan negara maju.

Tekanan dari segi menghadapi kesukaran mempunyai kelengkapan yang cukup serta petugas yang mencukupi.

Itali yang sedang menjalani perintah berkurung lebih sebulan lalu mencatatkan kematian sebanyak 525 orang dalam tempoh 24 jam.

Namun, Itali masih mencatatkan angka kematian tertinggi di dunia dengan jumlah keseluruhannya 15,887 kematian.

Menurut Ketua Pakar Bedah AS, Jerome Adam, beliau meramalkan akan berlaku peningkatan yang mendadak dalam kematian.

Menjadikan minggu ini adalah minggu atau tempoh paling sukar dan menyedihkan buat seluruh warga Amerika.

BACA JUGA :   Kemasukan Pelajar Baru bagi Program Madrasah Daulah Sesi 2020

Kematian semalam yang direkodkan adalah seramai 9,458 orang mengingatkan kembali peristiwa Pearl Harbour pada 9 September 2001 yang mengorbankan 2001 nyawa.

Anda sedang mencari tempat untuk melanjutkan pengajian? Daulah Educonsult ada penyelesaiannya!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here