Umum mengetahui dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ketiga dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Pelbagai rancangan terpaksa dibatalkan ekoran tempoh lanjutan tersebut termasuklah dengan pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Pelbagai kerugian terpaksa ditanggung dek kerana terpaksa menunda dan ada juga yang membatalkan majlis tersebut demi menjaga keselamatan.

Setakat ini, wabak COVID-19 telah meragut sebanyak 3,197 nyawa di Malaysia dan negeri Selangor mencatatkan kes paling tertinggi iaitu 1,343. Sumber didapati dari Astro Awani.

Berita gembira buat pasangan di Selangor yang ingin menruskan niat untuk menikah. Anda kini sudah boleh menikah hanya dengan “Online“. Namun ianya perlu mendapat mematuhi garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan SOP Majlis Keselamatan Negara.

Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan disambut dengan meriah dengan paulan kompang dan juga kedatangan ramai tetamu yang ramai untuk meraikan majlis tersebut.

BACA JUGA :   Mabuk dan Pengsan Bila Tengok Darah? Kenapa?

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan majlis akad nikah secara online yang pertama di Malaysia. Majlis tersebut membabitkan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif. Majlis yang diadakan pada 10.10 pagi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak. Manakala pengantin lelaki berada di Setiawangsa.

Pernikahan tersebut berlangsung menerusi video. Anda boleh muat turun SOP, borang dan juga maklumat yang berkaitan dengan Majlis Akad Nikah Secara Sidang Video oleh JAWI di pautan ini :

https://drive.google.com/file/d/1rZ5Vc7ZGgpm6EzZ8bcnKjxVr7WhV-EkZ/view

Video pernokahan tersebut dikongsikan di youtube channel Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumber : youtube channel Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Mereka akan mengemukakan slip perakuan nikah sementara bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor mengikut Seksyen 26 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas PKP tamat. Pemohon yang mendapat kebenaran khas itu akan dimaklumkan mengenai tarikh pernikahan dan mereka akan dinikahkan melalui sidang video.

BACA JUGA :   Belajar ke Madrasah Daulah Tidak Memerlukan Sebarang Sijil Pun

Islam itu indah dan memudahkan. ?

Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara bagi kemasukan bulan September? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here