Pihak yang terlibat merangkumi kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri, komuniti perniagaan, majikan, pekerja serta orang ramai perlu bekerjasama dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),  Tan Sri Ter Leong Yap, aspek keselesaan bukan menjadi keutamaan masa kini. Sebaliknya rakyat Malaysia hendaklah terus mengamalkan langkah pencegahan sewajarnya. Ia adalah bagi mengelakkan gelombang baharu COVID-19.

Tambah beliau lagi, ketika saat kritikal ini, rakyat Malaysia perlu bersatu untuk membuktikan keazaman, keyakinan dan kesungguhan memerangi virus ini dan menyokong semua usaha untuk menghidupkan semula ekonomi.

PKPB turut menetapkan pematuhan ketat dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan untuk memastikan keselamatan komuniti dan pekerja dilindungi. Malah, NCCIM memahami keperluan kerajaan dalam mencari keseimbangan di antara melindungi kesihatan umum dan kemampanan ekonomi dan sumber pencarian rakyat.

BACA JUGA :   UTP Menang 13 Anugerah Di Ekspo Teknologi Malaysia

Tempoh lanjutan PKP ini memberi impak kepada sektor perniagaan termasuklah perusahaan mikro dari segi defisit aliran tunai. Selain itu, turut menyebabkan kerugian pendapatan yang ketara, perniagaan ditutup dan menyebabkan kehilangan pekerjaan serta pendapatan.

Beliau turut berkata krisis ekonomi yang berpanjangan ini ditambah pula dengan peningkatan dalam pengangguran yang boleh menyebabkan keadaan sukar dikawal. Sekaligus dapat menyumbang ke dalam bentuk masalah sosial.

Usaha untuk membendung COVID-19 ini sangat memakan masa sehinggalah vaksin atau perubatan antiviral dihasilkan. Beliau turut menyifatkan PKPB ini adalah salah satu usaha memastikan ekonomi terus berfungsi, membantu kelangsungan serta kemampanan perniagaan. Justeru dapat menyelamatkan beratus-ratus pekerjaan serta menjamin pendapatan.

BACA JUGA :   Pinjaman bantu 2,000 usahawan PKS

Kes baharu COVID-19 setakat semalam ialah sebanyak 122 kes, manakala kematian baharu sebanyak 2 kes menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 105. Jumlah kes kesembuhan adalah sebanyak 4,413.

Deenamik menasihati anda untuk sentiasa menjaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman. Selamat Berpuasa !

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here