Sejak kebelakangan ini, kemalangan maut sering terjadi disebabkan oleh pemanduan mabuk. Hal ini dilihat menjadi trend yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini dimana nyawa melayang begitu sahaja disebabkan pemanduan dibawah pengaruh alkohol.

Setakat bulan lalu, sebanyak 22 kes kemalangan dan 9 kematian direkodkan disebabkan oleh pemanduan dibawah pengaruh alkohol yang berlebihan. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, sejak 2018 hingga Mei lalu, 29 orang dilaporkan maut dan 14 lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan pemanduan mabuk di seluruh negara.

Manakala sepanjang Januari hingga bulan lalu, 22 tangkapan telah dibuat dan 10 daripadanya dituduh di mahkamah. 12 lagi masih dalam siasatan. Pada tahun lalu pula, sebanyak 23 tangkapan dibuat dan 18 daripadanya dituduh di mahkamah serta 5 lagi masih dalam siasatan.

BACA JUGA :   Peluang Anda Untuk Meluaskan Perniagaan Dengan Safer Food Merchant.

Tambah beliau lagi, sepanjang tahun 2018, 25 kes kemalangan dilaporkan berkaitan dengan pemanduan dibawah pengaruh alkohol dengan jumlah kematian iaitu 11 dan 14 lagi cedera. Daripada keseluruhan kes untuk tahun 2018, 22 sudah dituduh di mahkamah dan 3 masih dalam siasatan.

Kesemua kes itu disiasat mengikut Sekseyn 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, 278 operasi dijalankan sepanjang tahun ini sehingga Mei lalu bagi mengesan pengguna jalan raya dibawah pengaruh alkohol.

Sepanjang operasi itu berjalan, seramai 1,213 individu diarahkan menjalani ujian saringan paras alkohol. 822 daripada jumlah itu ditahan kerana paras alkohol dalam badan mereka melebihi had.

Datuk Azisman Alias turut menyatakan operasi akan terus dipertingkatkan menerusi Op Mabuk dan sebagainya. Ia adalah untuk mengawal dan mengesan pemandu mabuk sekaligus mengenakan tindakan yang sepatutnya ke atas mereka. Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA :   Fahami Apa itu Kuarantin, Pengasingan dan Penjarakkan Sosial

Malah, beliau turut menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dengan memperketatkan lagi undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih keras terhadap pemandu mabuk. Tindakan itu juga perlu diambil ke atas penjualan arak yang semakin berleluasa dan mudah didapati secara terbuka.

Anda sedang mencari makanan? Anda sedang mencari driver untuk ke sesebuah destinasi? SAFER Apps akan bantu anda !

Sebarang pertanyaan, sila layari website dan media sosial SAFER:

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here