Najib Razak menafikan bahawa dia tahu mengenai kewujudan dana RM42 Juta di akaun peribadinya dari syarikat SRC International Sdn. Bhd. Beliau berkata demikian dalam satu pembelaan yang membabitkan dirinya dalam skandal penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Saksi pendakwaan iaitu bekas Pengarah Src International, Datuk Suboh Md Yassin telah memberi keterangan yang beliau hanya mengikut arahan bekas CEO SRC International, Nik Faisal Ariff Kamal. Menurut peguam Harvinderjit Singh, Datuk Suboh diminta menandatangani cek yang bertujuan memindahkan wang itu ke akaun peribadi Najib Razak.

Tertuduh (Najib Razak) juga didakwa melakukan pecah amanah namun tidak pertuduhan itu tidak menyatakan konspirasi. Pendakwa telah mengubah suai kes mereka. Mereka membina keseluruhan kes di sekeliling fakta dan menjadikan ia berlainan daripada tiga pertuduhan pecah amanah yang dikenakan terhadap Najib Razak.

BACA JUGA :   Bagaimana Pelaburan China Berjaya Transformasikan Ekonomi Malaysia ?

Tambah Harvinderjit, pendakwaan juga gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan dalam pindahan wang tersebut yang didakwa milik SRC International ke akaunnya.  Pendakwaan juga telah menukar asas pertuduhan iaitu tertuduh telah disuruh memasukkan wang milik SRC International ke akaun peribadi Low Taek Jho.

Harvinderjit juga berkata pendakwaan tidak boleh secara konklusif membuktikan bahawa anak guamnya mempunyai pengetahuan bahawa wang RM42 itu adalah daripada SRC International.

“Terdapat bukti bagi menyokong kepercayaan dan pengetahuan Najib bahawa wang dalam akaunnya, pada masa yang material, adalah sumbangan kepadanya oleh kerabat diraja Arab Saudi,” katanya.

Hujah pembelaan dipecahkan kepada lima bab dan turut menyentuh mengenai klausa dan juga tujuan transaksi tersebut yang menjadi intipati pertuduhan terhadap Najib Razak.

Najib Razak berdepan dengan tujuh pertuduhan menyeleweng dana sebanyak RM42 Juta milik SRC International. Tuduhan tersebut terdiri daripada tiga pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyelahgunakan kedudukan yang membabitkan dana tersebut.

BACA JUGA :   PTPTN : ANTARA MANIFESTO DAN AMANAH PEMINJAM?

Berminat melanjutkan Ijazah Sarjana Muda ke universiti pilihan di luar negara? Daftar segera bersama Daulah Educonsult dan mereka akan uruskan segalanya untuk anda.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here