Negeri Selangor kini dalam langkah ingin melaksanakan tindakan saman terhadap perokok dan penghisap vape yang masih ingkar melakukan aktiviti tersebut. Mereka akan dikenakan tindakan saman sehingga RM1,000 sekiranya mereka didapati melakukan aktiviti tersebut di kawasan awam. Hal ini juga diaplikasi kan kepada mereka yang suka minum minuman keras di kawasan awam.

Pelaksanaan ini berkuatkuasa mulai harini yang menjadikan negeri Selangor sebagai negeri pertama yang menguatkuasakan larangan ini. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han mengatakan alrangan tersebut akan dimasukkan ke senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.

Tambahnya, gaya hidup yang sihat adalah keutamaan rakyat masa kini. Oleh itu, taman permainan dan taman rekreasi semakin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah dan sebagainya.

BACA JUGA :   Adakah Menaikkan Harga Rokok Kepada RM50 Sekotak Mampu Jinakkan Perokok ?

Penguatkuasaan undang-undang berkenaan akan dilaksanakan oleh PBT dan saman maksimum RM1,000 akan dikenakan kepada pengunjung yang ingkar dengan larangan yang ditetapkan.

Penguatkuasa PBT akan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa namun orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat aduan sekairanya melihat salah laku tersebut.

Sentiasa jaga kebersihan walau dimana anda berada dan sentiasa bekerjasama dalam menjaga kebersihan. Amalkan penjarakkan sosial di kawasan tumpuan awam.

Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Daulah Educonsult sedia membantu anda melanjutkan pengajian ke lebih 5 buah negara di seluruh dunia. Daftar segera.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

BACA JUGA :   Rokok Seludup Membawa Padah. Sudah Dilarang Tetap Degil.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here