Malaysia kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan namun Malaysia dijangka akan memasuki semula fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Hal ini kerana terdapat beberapa kluster baharu yang wujud dan menyebabkan berlakunya peningkatan kes COVID-19.
Terbaru, restoran di Napoh, Jitra adalah lokasi terbaru wujdudnya Kluster Sivagangga. Restoran ini tidak merekodkan kehadiran dan suhu badan pelanggan yang berkunjung serta tidak menggunakan aplikasi MySejahtera. Situasi ini memberikan cabaran kepada petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengesan kontak rapat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, sehingga 12 tengah hari sebanyak 425 orang telah menjalani ujian saringan. Seramai 21 orang dikesan positif manakala 362 disahkan negatif. 42 orang masih menunggu keputusan.
Kes Kluster Sivagangga ini berpunca dengan kedegilan pemilik kedai makan berkenaan yang pulang dari India dan dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah namun ingkar dengan arahan tersebut.
Berikutan itu, empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan kira-kira 7,000 penduduk terlibat. Semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuklah solat Jumaat. Kerajaan Negeri secara pentadbiran memohon melaksanakan PKPD dalam radius 1 kilometer dari restoran tersebut.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP diluluskan oleh kerajaan negeri yang bermula hari ini hingga 30 Ogos. Petugas KKM akan menjalankan ujian Swab Test ke atas kira-kira 7,000 penduduk yang terlibat.
Terdapat juga kluster lain yang sedang meningkat naik di Malaysia. Aantaranya :
- Kluster Elsa
- Kluster PUI Novgorod
- Kluster PUI Pitakwa
- Kluster PUI Melbourne
- Kluster PUI Ramnad
- Kluster PUI Al Khobar
- Kluster PUI Shirala
KKM menasihati masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak rapat dengan kes positif COVID-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa.