Seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian yang tidak dijangka apabila sebuah letupan telah berlaku di sebuah bandar di Lubnan iaitu bandar Beirut. Letupan itu berpunca daripada sebuah gudang yang menempatkan bahan letupan Ammonium Nitrate.
Kejadian tersebut telah menyebabkan 3,000 orang cedera dan 78 orang telah maut. Malah, beberapa buah hospital yang terletak di bandar berkenaan juga turut musnah dan menyebabkan kesesakan luar biasa di hospital yang masih ada.
Ini kerana hospital yang masih ada perlu menampung jumlah pesakit pandemik Covid-19 dan juga mangsa yang tercedera disebabkan oleh kejadian letupan tersebut. Jumlah kes positif Covid-19 di negara tersebut telah meningkat kepada 5,000 orang menurut Menteri Kesihatan Lubnan.
Berikutan kejadian tersebut, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengisytiharkan hari Rabu sebagai hari berkabung negara berkenaan. Pada mensyuarat yang diadakan, Hassan Diab menegaskan untuk mengenakan hukuman kepada mereka yang bertanggungjawab kerana menyimpan 2,700 tan Ammonium Nitrate yang membahayakan nyawa manusia.
Presiden Lubnan Michael Aoun juga mengisytiharkan bandar Beirut dalam keadaan kecemasan dan mendesak kabinet untuk mengumumkan darurat di bandar tersebut selama dua minggu.
Banyak universiti luar negara yang menawarkan pendidikan berkualiti pada kos yang jauh lebih berpatutan berbanding universiti di negara-negara seperti Rusia, Indonesia, Poland dan lain...
Dalam dunia kerjaya hari ini, majikan tidak lagi mencari calon yang hanya pandai di atas kertas. Mereka mencari individu yang boleh berfikir secara global,...
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...