Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi agama yang terletak di Mesir. Institusi ini menyediakan pendaftaran dan pembelajaran tanpa memerlukan sebarang sijil pun. Hanya dengan mempunyai niat belajar yang tinggi, boleh berdaftar ke Madrasah Daulah.
Pendaftaran ke Madrasah Daulah adalah terbuka kepada mereka yang bermula daripada 12 hingga 31 tahun. Jangan risau, mereka akan dijaga oleh Mudir sepanjang pengajian di Madrasah Daulah.
Mereka yang hendak berdaftar ke Madrasah Daulah perlu berdaftar melalui Daulah Educonsult. Apa yang menariknya berdaftar di Madrasah Daulah ini ialah selepas tamat pengajian, mereka akan dimasukkan ke Universiti Al-Azhar, Mesir bagi sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang usuluddin, syariah dan Bahasa Arab.
Tapi sebelum nak masuk ke Universiti Al-Azhar, mereka perlu masuk ke Maahad Buuth. Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun yang bermula dengan tingkatan 1 hingga tingkatan 6.