Isu menghina fizikal manusia lain atau body shaming adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat terutama rakyat Malaysia. Manusia dilahirkan dengan pelbagai bentuk fizikal yang indah dan istimewa. Ditambah dengan zaman teknologi yang kian canggih, platform media sosial sering dijadikan medium untuk body shaming. Ada diantaranya yang akan menyebut nama individu dengan niat memalukan individu tersebut.

Body shaming ini ada diantara kita yang melakukannya dengan sengaja atau pun tidak. Namun sama ada anda berniat melakukannya atau tidak, kini anda dilarang sama sekali melakukannya. Anda akan dikenakan tindakan undang-undang jika masih ingkar dan melakukan body shaming sesuka hati.

Untuk makluman, perbuatan body shaming telah diklasifikasikan sebagai jenayag buli siber dan mangsa boleh membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimdia Malaysia (SKMM). Ianya termasuklah perlakuan menghina, mengejek, memalukan, mengkiritik dan setaraf yang berkenaan dengan tubuh badan seseorang.

BACA JUGA :   Faezah Elai Pula Dihentam Netizen Akibat Body Shaming

Jika pelaku didapati bersalah, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. 

Antara kesan buruk body shaming adalah sterss, tekanan perasan, gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan dan murung. Lebih memburukkan keadaan ada diantara mangsa body shaming ini yang memilih untuk membunuh diri sendiri.

Sebelum berkata-kata atau melemparkan sepatah dua kata di media sosial, beringatlah dahulu walaupun kadangkala anda hanya berniat untuk bergurau. Akibat mulut badan binasa, akibat kata-kata buruk padahnya.

SEPTEMBER, 2020

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here