Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagi indvidu yang baru balik dari Sabah tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari. Kenyataan itu adalah merujuk kepada mereka yang disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID-19 dan mereka yang tidak bergejala

Tetapi, individu ini perlulah menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan dinasihatkan untuk kuarantinkan diri mereka di rumah dalam tempoh 14 hari itu. Ini untuk mengelakkan kemungkinan dari dijangkiti oleh virus berkenaan.

 

Individu yang berkenaan digalakkan untuk pergi memeriksa kesihatan diri di Pusat Kesihatan Daerah atau mana – mana klinik kesihatan. Untuk melakukan ujian swab sebagai langkah penjagaan di hari ke 13. Ini adalah untuk memastikan individu tersebut benar – benar negatif COVID-19.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 telah cecah 4.41 juta di seluruh dunia

 

Bagi mereka yang positif dengan COVID-19 pula akan dirawat di hospital dan bagi mereka yang pernah berhubung dengan mereka yang positif COVID-19 dan bergejala. Mereka digalakkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah masing – masing. Ini adalah untuk mengelakkan tersebarnya wabak COVID-19 ini.

Pihak kerajaan telah mewajibkan individu yang berkaitan yang baru pulang dari Sabah menjalani ujian saringan di lapangan terbang. Ini kerana berlaku peningkatan kes di daerah di negeri tersebut yang membimbangkan ramai pihak.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here