Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar-pelajar. Tawaran kemasukan ke universiti itu dibuka pada sesi Oktober dan November yang mana sesi Oktober hampir tamat sesi pendaftarannya. KSMU menjadi pilihan kepada ramai pelajar yang berdaftar di bawah Daulah Educonsult kerana banyak keistimewaan yang ditawarkan di situ.
Daulah Educonsult menawarkan KSMU kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Namun sebelum berdaftar, pihak Daulah Educonsultakan menyemak dahulu keputusan yang mereka perolehi supaya mudah untuk mereka tentukan bidang apa yang bersesuaian dengan pelajar.
Tambahan pula, KSMU merupakan sebuah universiti yang tersenarai sebagai 10 buah universiti terbaik dalam bidang perubatan di Rusia. Malah, universiti itu juga merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam latihan praktikal bidang perubatan di Rusia.
Sungguhpun begitu, bidang yang ditawarkan di Kursk State Medical University ialah bidang perubatan dan pra-perubatan. Pra-perubatan ditawarakan kepada pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bidang Sains manakala perubatan ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai asas dalam subjek Sains.
Tempoh pengajian bagi kedua-dua bidang itu adalah berbeza-beza yang mana bidang perubatan ialah selama 6 tahun . Manakala bidang pra-perubatan ialah selama 7 tahun. Pelajar lepasan bidang pra-perubatan akan mendapat Foundation in Science atau Asasi Sains.
Selain daripada itu, KSMU juga menawarkan yuran pendaftaran secara lock-fee. Pendaftaran secara lock-fee ialah pendaftaran yang dibayar mengikut kepada mata wang Malaysia dan bukan mata wang Rusia. Kelebihan ini memudahkan pelajar untuk membayar kerana tiada cas tambahan lain yang akan dikenakan kepada pelajar.
Mengikut kepada jadual pendaftaran di KSMU, universiti itu membuka pendaftaran pada bulan Februari, April, Jun dan September namun disebabkan oleh pandemik virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pendaftaran hanya dibuka pada bulan Oktober dan November 2020 sahaja.
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...
Ramai pelajar selalu terlepas pandang tentang pentingnya daftar awal bila nak sambung belajar, terutamanya di luar negara. Ada yang rasa "tak apa, daftar nanti...
Hi Daulahians! Nak tahu job scope untuk farmasi ni luas sangat sebenarnya. Ini beberapa senarai kerjaya bagi bidang farmasi.
Farmasi Komuniti: Ahli farmasi komuniti bekerja...