Sebuah program televisyen di Indonesia iaitu Mata Najwa merupakan sebuah program televisyen yang terbesar di Indonesia. Sepatutnya pada hari kejadian yang mana pengacara menjemput Menteri Kesihatan Indonesia untuk ditemu ramah berkenaan dengan kes COVID-19.
Namun, Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto telah menolak untuk menghadirkan diri menyertai program tersebut. Oleh sebab ketidakhadiran menteri itu untuk program menemu ramah, pengacara terkenal Indonesia iaitu Najwa Shihab terpaksa menemu ramah kerusi kosong. Kerusi itu sepatutnya menjadi tempat duduk Menteri Kesihatan Indonesia. Tindakan ‘berani mati’ oleh pengacara itu telah tular di media sosial.

Malah, ada juga yang memetik nama pengacar tersebut di sosial media, Twitter.
Malah, dalam wawancara tersebut Najwa menyebut bahawa Menteri Kesihatan Indonesia merupakan seorang menteri yang sangat ‘low profil’ di dunia kerana tidak dapat menghadiri program tersebut. Najwa sudah beberapa kali menjemput Menteri Kesihatan Indonesia untuk bertanyakan tentang isu COVID-19 yang melanda di seluruh dan tindakan yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan untuk tangani virus ini.

Namun, menteri yang dikatan sangat ‘low profil’ itu tidak menghadirkan diri ke program tersebut. Di dalam program tersebut boleh dilihat pengacara tersebut menemu ramah kerusi kosong sebagai sindiran.
Program tersebut, Mata Najwa edisi “Menantu Terawan” telah mendapat lebih 3 juta tontonan disebabkan oleh tindakan pengacara tersebut. Antara soalan yang diajukan kepada ‘kerusi kosong’ tersebut ialah

“Yang jelas bukan hanya desakan kepada Presiden, tetapi publik di antaranya lewat petisi meminta kebesaran hati anda untuk mundur saja.”

“Siap mundur Pak? Atau bagaimana anda bisa meyakinkan rakyat yang anda masih boleh menjalankan atau menduduki posisi yang berat ini?”

Malah sebelum mengakhiri wawancara bersama ‘kerusi kosong’ itu, Najwa mencabar menteri tersebut untuk ditemu bual pada hari apa, bila dan di mana.

“Kami takkan tahu ada yang boleh menyelesaikan persoalan pandemik ini sendirian tapi kamu berharap anda setidaknya untuk memberi gambaran.”

Susulan itu, Indonesi atelah mencatatkan jumlah COVID-19 sebanyak 10, 473 kes dan menduduki tangga ke-17 paling tertinggi korban di dunia.
-September 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here