Seorang penyanyi kelahiran Sabah, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya pada jam 1 pagi tadi di Hospital Putrajaya. Penyanyi lagu Hey!Kau itu difahamkan terlibat dengan kemalangan pada hari Sabtu yang lalu. Kemalangan itu terjadi semasa mangsa dan rakannya dalam perjalanan hendak ke Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi melakukan rehearsel penuh dalam program Big Stage 3.
Ketika dalam perjalanan bersama rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik. Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mangsa telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya manakala rakannya menerima rawatan pesakit luar.
Kereta Sandra Dianne juga merempuh tiga buah kenderaan lain dan terbalik.
Berita duka itu telah dikongsi oleh seorang penyanyi, Sufie Rashid di Instagram miliknya.
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...
Ramai pelajar selalu terlepas pandang tentang pentingnya daftar awal bila nak sambung belajar, terutamanya di luar negara. Ada yang rasa "tak apa, daftar nanti...
Hi Daulahians! Nak tahu job scope untuk farmasi ni luas sangat sebenarnya. Ini beberapa senarai kerjaya bagi bidang farmasi.
Farmasi Komuniti: Ahli farmasi komuniti bekerja...