Masalah kemudahan asas dan infrastruktur masih menjadi masalah utama seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan liputan jaringan telekomunikasi di Sabah. Menjelang Pilihan Raya Negeri, rakyat Sabah mahu bakal wakil rakyat di kawasan masing-masing memberi tumpuan untuk menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur di situ. Merka mahukan wakil rakyat yang benar-benar melakukan pekerjaan dan bukan hanya sekadar nama sahaja.
“Kami bersyukur kerana baru-baru ini, kampung kami telah menerima jaringan Internet apabila pencawang telekomunikasi siap dibina di kawasan kampung kami namun kami masih menagih pembangunan lain seperti jalan raya,” kata Sinson Madamin yang merupakan Ketua Kampung di Pinahawaon, Inanam katanya kepada Bernama.
“Jalan berkenaan sangat penting kerana ia akan menjimatkan masa perjalanan. Sekiranya jalan ini dibina, hanya 30 hingga 40 minit masa yang akan diambil untuk ke pekan Inanam… kini penduduk di sini terpaksa melalui pekan Kiulu dan Tamparuli untuk ke pekan Inanam atau Kota Kinabalu yang perjalanannya memakan masa dua atau tiga jam.
Tambahnya, mereka mahukan wakil rakyat yang memperjuangkan nasib mereka dan mengakat permintaan mereka agar jalan yang dikehendaki dapat dibina segera. Jalan di Inanam sangat penting kepada penduduk.