Indonesia merupakan salah sebuah negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar yang ingin sambung pengajian ke luar negara. Pelajar yang sambung pengajian di sana tidak menghadapi masalah kerana makanan, agama, budaya dan adat mereka adalah sama dengan Malaysia.
Tambahan, Daulah Educonsult juga akan membawa pelajar menjelajah ke tempat-tempat pelancongan menarik di sana sebelum mereka memasuki ke sesi pembelajaran. Contohnya seperti Danau Toba, Bali, Jakarta dan banyak lagi tempat menarik di sana.
Daulah Educonsult juga telah menyediakan beberapa buah universiti kepada pelajar berserta bidang yang menarik di sana. Antara bidang yang ditawarkan ialah pengajian Islam, perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan banyak lagi.
Universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam ialah Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Universitas Negeri Sultan Syarif Kasim.
![]()
Universitas Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA Riau) ialah sebuah universiti yang terletak di Pekan Baru, Riau. Universiti ini telah menawarkan beberapa fakulti kepada pelajar iaitu Fakulti Tarbiyah dan keguruan, syariah dan ilmu hukum, usuluddin, dakwah dan ilmu komunikasi, sains dan teknologi, psikologi dan ekonomi dan ilmu sosial.
![]()
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry pula merupakan sebuah universiti yang terletak di Banda Acheh. Universiti ini menawarkan seratus peratus bidang pengajian Islam yang terdiri dengan beberapa fakulti iaitu Fakulti syariah dan hukum, usuluddin dan filsafat, dakwah dan komunikasi, adab dan humaniora.
Selain daripada universiti itu, terdapat juga universiti lain yang ditawarkan iaitu Universiti Airlangga yang terletak di Surabaya. Universiti ini menawarkan bidang perubatan, veterinar, kejururawatan dan pergigian.
![]()
Daulah Educonsult juga menawarkan bidang veterinar kepada pelajar iaitu Institusi Pertanian Bogor yang terletak di Bandung. Universiti ini menawarkan fakulti perubatan veterinar yang mana universiti itu menyediakan mengajar hospital haiwan.
Hospital ini ialah hospital yang terkemuka di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
![]()






