Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan semalam adalah lebih tinggi daripada jumlah kes harian yang telah dilaporkan. Jumlah kes pulih yang dilaporkan semalam ialah sebanyak 685 kes, manakala jumlah kes baharu adalah sebanyak 649 kes.

Pencapaian ini takkan dapat dicapai jika bukan kerana kerja keras front liner dan juga kerjasama daripada rakyat Malaysia untuk mematuhi SOP. Penurunan jumlah kes baharu di Sabah juga sangat ketara.

Kes baharu COVID-19 di Sabah yang telah dilaporkan semalam ialah sebanyak 352 kes. Jika hendak dibandingkan dengan kes baharu yang dilaporkan pada Rabu lalu iaitu sebanyak 546 kes. Walaupun berlaku penurunan jumlah tersebut masih tinggi, jadi untuk menurunkan lagi jumlah tersebut rakyat Malaysia mestilah bersama – sama berganding bahu untuk memutuskan rantaian COVID-19 tersebut.

BACA JUGA :   MUDAHNYA! Langkah "Simple" Penjagaan Wajah Yang Berkesan!

Ini telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30 090 kes dan jumlah kes yang masih aktif adalah sebanyak 10 087 kes. Kes – kes yang dilaporkan kebanyakannya adalah daripada kluster – kluster yang sedia ada dan juga kes daripada kontak rapat kes positif COVID-19.

Terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti oleh KKM semalam. Kluster tersebut ialah Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster Bah Medan, Kluster Taman Laut dan Kluster Taman Bunga.

  • Kluster Sakti – Lahad Datu, Sabah
  • Kluster Tuguson – Kota Belud, Sabah
  • Kluster Bah Medan – Sepang, Selangor
  • Kluster Taman Laut – Petaling, Selangor
  • Kluster Taman Bunga – Serembah, Kuala Pilah dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Menurut laporan KKM, Wilayah Persekutuan Labuah telah membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang kedua di Dewan Perbadanan Labuan. Ini berikutan dengan peningkatan kes yang berlaku di Labuan sehingga 29 Oktober 202 telah menjadi sebanyak 392 kes.

BACA JUGA :   Ini Jumlah Pendapatan Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Pada Zaman Sekarang

Malah, kes COVID-19 di Labuan akan dijangkakan berlaku peningkatan, ianya berikutan dengan saringan bersasar secara besar – besaran yang telah dilakukan KKM. Disebabkan itu, PKRC telah dibina untuk menampung 317 orang dengan kapasiti katil sebanyak 317.

Pusat ini beroperasi bermula 29 Oktober 2020 dengan kerjasama dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, dan agensi lain di WP Labuan termasuk Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa penyumbang lain yang menjadikan pusat rawatan ini dapat dibuka dalam tempoh 24 jam.

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here