Peningkatan kes baharu COVID-19 yang berlaku secara mendadak dalam masa tiga hari menurut ini sangat membimbangkan. Peningkatan kes baharu bermula pada 1 Oktober dimana sebanyak 260 kes, 2 Oktober sebanyak 287 kes dan pada 3 Oktober kes yang paling tinggi sepanjang tempoh kes Covid-19 iaitu sebanyak 317.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 4 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 293 kes baharu yang telah dilaporkan. Pada hari ini juga terdapat 2 kluster yang dikesan. Kluster tersebut ialah Kluster Kau Sing, Sabah dan Kluster Embun, Selangor.

Berikutan dengan itu, pihak kerajaan telah melakukan langkah – langkah yang penjagaan. Antaranya ialah di Sabah, penutupan sekolah-sekolah, taska, pusat jagaan dan juga taman asuhan. Ini berikutan dengan penularan kes yang berlaku di sana.

BACA JUGA :   Menarik ! Air terjun boleh ubah objek jadi batu

Penutupan yang dilakukan melibatkan beberapa sektor seperti menutup pasaraya (kecuali premis perniagaan yang membekalkan perkhidmatan dan barangan perlu), pasar malam dan pasar tani, rumah-rumah ibadat, taman awam dan rekreasi.

Selain itu, Universiti Utara Malaysia juga mengambil tindakan untuk menutup kampus induk mereka di Kedah berikutan terdapat pelajar yang positif COVID-19. Universiti Sultan Zainal Abidin juga mengambil tindakan untuk menutup universiti berkenaan untuk sementara waktu berikutan dengan kes COVID -19 yang dikesan terhadap staf mereka.

Oleh itu, rakyat mestilah mengambil langkah penjagaan dengan memakai pelitup muka, memakai hand sanitizer, tidak berada di tempat yang sesak dan sentiasa menjaga kebersihan. Patuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua tidak akan terkena virus ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here