Berdasarkan kenyataan akhbar KPK semalam, terdapat 5 kluster telah ditamatkan. Kluster yang telah ditamatkan itu ialah Kluster Bangau – Bangau, Kluster Tasik, Kluster Olive, Kluster Buang Sayang dan Kluster Kau Sing.
- Kluster Bangau – Bangau
– Semporna dan Tawau, Sabah
– 1010 individu disaring : 432 positif dan 578 negatif (4 kematian) - Kluster Tasik
– Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak, Selangor
– 635 individu disaring : 24 positif dan 611 negatif - Kluster Olive
– Hulu Langat, Selangor; Penampang dan Kota Marudu, Sabah
– 285 individu disaring : 18 positif dan 267 negatif - Kluster Buang Sayang
– Sipitang, Pitas dan Putatan, Sabah; Titiwangsa, Kuala Lumpur; serta Seremban dan
Rembau, Negeri Sembilan
– 415 individu disaring : 17 positif dan 398 negatif - Kluster Kau Sing
– Tawau, Sabah
– 52 individu disaring : 16 positif dan 36 negatif
Menurut laporan semalam, kes baharu yang telah dilaporkan idalah sebanyak 1210 kes. Negeri Sabah mencatatkan kes baharu yang paling tinggi iaitu sebanyak 499 kes. Walaupun begitu, kes di semenanjung masih melebihi kes di Sabah dan Sarawak. Jumlah kes pulih adalah sebanyak 1018 kes dan ini telah menjadikan jumlah kes pulih ialah sebanyak 36 624 kes.
Setiap orang mestilah patuhi arahan PKPB dan SOP yang telah ditetapkan. Ini kerana tiada penurunan kes yang berlaku. Kes baharu masih 4 angka dan ini membimbangkan ramai orang. Disebabkan itu, jika anda tidak mempunyai sebarang urusan jangan keluar daripada rumah. Jika terpaksa keluar pastikan anda mematuhi segala arahan yang telan ditetapkan.
Walaupun lima kluster telah ditamatkan, namun terdapat lima kluster baharu telah dikenal pasti semalam. Kluster baharu tersebut ialah :
- Kluster Avenue melibatkan daerah Penampang di Sabah;
- Kluster Kejora melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah;
- Kluster Kasah melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur,
- Kluster Summer melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang
- Kluster Mengketil melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah Besut di negeri Terengganu.
Oleh itu, setiap orang mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan. KKM menyarankan untuk semua mestilah mengelakkan 3S/3C iaitu elakkan berada di tempat sesak (crowded place), elakkan juga berada di tempat sempit (confined space) dan elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation).
Selain itu, mengamalkan 3W iaitu kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan beri amaran (warn) seperti amalkan etika batuk dan bersin, elak kunjung mengunjungi, dapatkan rawatan jika bergejala dan sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)