Berita baik buat pengemar daging arnab dan juga para peniaga serta restoran. Anda semua kini boleh mendapatkan bekalan daging arnab menerusi Daging Arnab Daulah. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah.
Daging arnab secara semula jadinya sudah memberikan kesan yang baik. Tetapi dengan perkembangan pasaran daging arnab tempatan, penjagaan dalam pemakanan dan diet arnab telah menjadikan khasiatnya lebih baik.
Untuk mencapai pemakanan dan diet arnab yang terbaik adalah dengan memberi arnab makan dengan diet yang betul. Seperti di bawah.
- Asid lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acids) seperti omega-3 dan omega-6 – Ia akan memperkaya daging arnab dengan asid lemak penting dan bioaktif.
- Menggunakan antioksidan – akan menyediakan tahap vitamin E yang lebih tinggi dan memanjangkan jangka hayat daging.
- Tahap supra-nutritional selenium – Memberi sumbangan besar kepada pengambilan selenium manusia.
Walaupun daging arnab mempunyai banyak kebaikan, namun terdapat juga beberapa kesan bagi sesetengah individu. Pemakanan daging arnab perlulah diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diigini.
Bagi ibu mengandung, arnab boleh dimakan kerana daging tanpa lemak sangat baik untuk pertumbuhan normal janin. Daging arnab adalah sumber vitamin B12 yang baik. Walau bagaimanapun, elakkan memakan daging arnab liar kerana kita tidak tahu apa yang arnab tersebut makan. Jika arnab komersial, pemakanan dan diet mereka dijaga.
Sesetengah individu yang alami alahan tidak digalakkan makan. Walaupun daging arnab mempunyai kebaikan untuk kesihatan tetapi ianya berbahaya untuk sesetengah orang. Molekul gula yang terdapat dalam daging tertentu, seperti daging arnab, boleh menyebabkan reaksi alergi. Alergi yang dimaksudkan ialah alergi alpha-gal. Ianya bagi mereka yang mempunyai alergi kepada molekul galactose-a-1,3-galactose. Gejala alergi alfa-gal muncul setelah 3-6 jam selepas pengambilan daging, termasuk ruam, gatal – gatal sukar bernafas, hipotensi, sakit perut yang teruk. Alergi ini boleh menjadi teruk jika tidak memantau pemakanan anda.
Daging arnab adalah sebahagian dari diet yang disarankan untuk mereka yang menghidap diabetes, kerana daging arnab mempunyai rendah lemak dan kolestrol rendah dan nilai pemakanan yang setara dengan daging ikan. Terdapat molekul yang dikenali sebagai asid lemak linoleik konjugasi di dalam daging arnab mungkin mempunyai potensi anti – kegemukan, kesan anti-karsinogenik dapat memperbaiki diabetes. Anda juga boleh memastikannya dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.
Bagi mereka yang menghidap gout, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada makan dahing arnab. Ianya kerana di dalam daging arnab terdapat purin dan tahap kepekatan purin di dalam daging arnab adalah tinggi.
Sumber : FOODSTRUCT
Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi Daging Arnab Daulah. Daging Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab. Anda juga boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut. Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322