Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes positif COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster. Terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1067 kes dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes.

Kes baharu yang dilaporkan semalam adalah yang paling tinggi di sepanjang pandemik ini di Malaysia. Jumlah yang dilaporkan semalam ialah 1884 kes, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes yang tertinggi antara negeri – negeri lain. Kes baharu di Selangor adalah sebanyak 1203 kes, diikuti dengan negeri Sabah iaitu sebanyak 289 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 164 kes.

Kluster Teratai yang diisytiharkan pada 7 November lepas, menunjukkan peningkatan kes yang sangat tinggi. Menerusi kenyataan akhbar KPK, terdapat 2524 kes COVID-19 yang dilaporkan daripada jumlah keseluruhan yang telah disaring iaitu sebnayak 5767 kes.  Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan.

BACA JUGA :   ??? ??????? ???? ?????? ??????? ?????? ??????????

Kes-kes yang melibatkan kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun. Kebanyakan kes daripada kluster ini merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif telah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka telah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja-pekerja lain.

Pihak pengurusan kilang telah mengambil langkah inisiatif untuk mengasingkan pekerja -pekerja yang dikenalpasti sebagai kontak rapat di tempat-tempat kuarantin yang tertentu. Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan tiada kes kematian dilaporkan.

Menurut laporan KKM, sejak 17 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah-rumah pekerja. Jumlah penduduk yang terlibat dalam PKPD adalah lebih kurang 5,900 orang. Namun, maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah sebanyak lebih kurang 13,000 orang yang bertugas di 28 buah bangunan kilang yang berbeza. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja ini.

BACA JUGA :   Tidak perlu ke Saloon lagi. Di Rumah pun boleh. Murah dan Jimat.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here