Ramai yang mempersoalkan perlu atau tidak mengimbas aplikasi My Sejahtera di stesen minyak. Ramai yang pandang ringan kerana niat asal ke stesen minyak adalah untuk mengisi minyak semata. Ada juga dikalangan mereka yang beranggapan bahawa ianya membuang masa dan tidak penting. Pengimbasan di My Sejahtera adalah sangat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang penularan di stesen minyak. Ianya juga memudahkan untuk mengesan kontak rapat jika berlaku sebarang kluster.

APLIKASI MY SEJAHTERA

Aplikasi My Sejahtera adalah satu aplikasi yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mengesan penularan COVID-19 . Ianya juga adalah catatan bergerak yang berfungsi untuk mengesan keberadaan seseorang individu jika berlakunya kluster baharu.

BACA JUGA :   Sekatan Perjalanan Ke Malaysia Melibatkan 23 Negara.

Pengimbasan dari My Sejahtera ini sangat penting dan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Tambahan, aplikasi ini juga akan mengemaskini data terkini COVID-19. Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia peka dengan perkembangan terkini . Untuk makluman, negara Malaysia sudah memasuki fasa ketiga untuk COVID-19 ini. Beberapa negeri juga telah dikenakan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat.

Terdapat isu baru yang berlegar-legar di media sosial mempersoalkan patutkah saman dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang ingkar melakukan imbasan My Sejahtera di stesen minyak. Terbaru, pihak polis dikhabarkan akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal untuk melakukan imbasan My Sejahtera di stesen minyak.

Denda sehingga RM1,000 akan dikenakan jika gagal berbuat demikian. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pengimbasan My Sejahtera tetap perlu dilakukan walaupun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan. Anda yang masih ingkar berbuat demikian akan dikenakan tindakan saman walaupun memakai pelitup muka.

BACA JUGA :   Jejak 5,000 Ahli Tabligh Susulan COVID-19

Ingat, kita masih lagi belum menang. Sentiasa ikuti dan patuh arahan yang dikenakan oleh kerajaan. Virus pembunuh ini tidak memilih pangkat atau bagsa untuk menyerang. Oleh itu, sentiasa jaga kebersihan dan SOP walau dimana anda berada!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here