Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang perubatan. Pengambilan  pelajar dalam pengajian bidang pengajian perubatan telah dibuka. Negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult untuk menyambung pengajian bidang perubatan ialah Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

November 2020

Kursk State Medical University

Bagi kemasukan sesi November 2020, Kursk State Medical University, Rusia masih membuka peluang untuk pelajar mendaftar. Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Kursk State Medical University juga merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris.

Malah, Kursk State Medical University juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di Kursk State Medical University telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

Kursk State Medical University adalah salah satu daripada pilihan yang boleh dipilih untuk pelajar melanjutkan pengajian. Sesi kemasukan di universiti berkenaan ialah pada November 2020. Daftar segera sekiranya pelajar berminat untuk untuk menyambung pengajian di luar negara terutama sekali di bidang perubatan.

Januari 2021

Universiti di Bangladesh juga ada menawarkan pengajian di bidang perubatan. Kemasukan bagi bidang perubatan di Dhaka Medical College, Chittagong Medical College dan Mymensingh Medical College adalah pada Januari 2021.

Dhaka Medical College

Dhaka Medical College menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan. Ianya dibina pada tahun 1946. Untuk pengetahuan pelajar, Dhaka Medical College merupakan kolej yang tertua di Bangladesh. Di kolej ini juga menyediakan sebuah hospital untuk para pelajar membuat latihan praktikal.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Diiktiraf Oleh WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC & MVC

Hospital Dhaka telah dibina pada tahun 1982. Terdapat tujuh bangunan hospital bertingkat lama dibina pada tahun 1982 dan enam banguan bertingkat baru pada tahun 2009 dengan jumlah 650 katil. Hospital ini turut mempunyai teater operasi yang lengkap, makmal untuk penyiasatan, jabatan pesakit luar, doktor dan jururawat perumahan.

Mymensingh Medical College

Mymensingh Medical College juga menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan. Mymensingh Medical College ini merupakan kolej perubatan milik kerajaan Bangladesh.  Kolej ini telah dibina pada tahun 1924. Mymensingh Medical College dinamakan pada tahun 1962, yang dimulakan dengan 32 pelajar sebagai kumpulan pertama.

Seperi Dhaka Medical College, Mymensingh Medical College turut menyediakan sebuah hospital untuk pelajar membuat latihan praktikal. Jumlah kapasiti Hospital Kolej Perubatan Mymensingh adalah sebanyak 1000 katil.

Chittagong Medical College

Chittagong Medical College juga menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan. Chittagong Medical College juga merupakan kolej kedua yang tertua di Bangladesh. Koleh ini telah ditubuhkan pada tahun 1956. Kolej ini bermula dengan hanya tiga jabatan akademik iaitu anatomi, fisiologi dan patologi dan kumpulan pertama seramai 76 pelajar dan 26 guru. Selepas itu, Jabatan Paraclinical Pharmacology, Perubatan Forensik dan Perubatan komuniti telah ditubuhkan.

Kolej ini juga antara universiti yang menyediakan sebuah hospital untuk pelajar membuat latihan praktikal. Bukan itu sahaja, malah hospital tersebut terima pesakit luar selain dari pelajar.

September 2021

Kemasukan pengajian bidang perubatan sesi September 2021 pula ialah di Indonesia. Universiti yang ditawarkan ialah Universiti Sumatera Utara dan Universiti Airlangga.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar Luar Negara Bagi Tahun 2022

Universitas Sumatera Utara

Universitas Sumatera Utara menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Universiti ini juga telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952. Selain itu universiti ini merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera. Ianya merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa. Malah, universiti ini juga adalah yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).

Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian. Bagi bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Universitas Airlangga

Universiti Airlangga adalah universiti yang kedua tertua di Indonesia dan juga sebuah universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Universiti Airlangga mula-mula ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan jauh dari Universiti Indonesia, dengan asal sejak tahun 1913. Tetapi universiti tersebut secara rasmi telah ditubuhkan oleh Peraturan Pemerintah Indonesia pada tahun 1954.

Pelajar tidak perlu risau kerana universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here