Sewaktu menjawab pertanyaan di dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa RM6.8 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf sistem e-Kasih.

Perdana Menteri Malaysia berkata lagi bahawa beliau sendiri mengetahui bahawa sistem e-Kasih kini perlu ditambah baik untuk memberikan maklumat atau data dengan lebih tepat.

Penggunaan teknologi baharu adalah diperlukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih baik. Sistem ini perlu ditambah baik supaya data mengenai rakyat yang berada di dalam kategori miskin dan miskin tegar dapat dikesan dengan lebih jitu.

Sistem pangkalan data e-Kasih yang sedia ada dilihat tidak mampu untuk memberikan data yang tepat dan menyebabkan kesukaran bantuan untuk sampai kepada rakyat.

BACA JUGA :   Kerajaan Selangor Peruntukkan RM551.56 Juta Bagi Pakej Kita Selangor 2.0

Perkara ini diulas kerana rakyat berada dalam keadaan yang tidak stabil akibat serangan pandemik COVID-19. Ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Dengan penambahbaikan sistem e-Kasih ini, rakyat berharap agar mereka dapat dibantu dengan lebih baik. Kerajaan juga mungkin mampu untuk membasmi kemiskinan negara dengan lebih cepat dan efektif.

Peruntukkan yang dinyatakan untuk data e-Kasih tersebut akan digunakan pada tahun hadapan. Dalam pada itu, diharapkan program bantuan kewangan bulanan dan Bantuan Prihatin Nasional akan lebih banyak membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan.

Sumber : BERNAMA

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here