Mempunyai cita-cita untuk mengenali atau mengetahui lebih lanjut berkenaan pengajian Islam di Mesir? Marilah mendaftar bersama Daulah Educonsult di bawah program Madrasah Daulah.
Madrasah Daulah menawarkan pengajian kepada anda tanpa memerlukan sebarang sijil pengajian seperti SPM, STAM atau sebagainya. Ya, anda tidak memerlukan apa-apa jenis sijil. Anda hanya perlu mendaftar dan menjadi pelajar Madrasah Daulah.
Pertama sekali, apakah itu Madrasah Daulah? Madrasah Daulah adalah satu program persediaan pelajar sebelum memasuki atau menjadi penuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir. Apabila anda mendaftar untuk belajar di bawah Program Madrasah Daulah, anda akan ditempatkan di Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah sebuah pusat pengajian khas untuk belajar Bahasa Arab. Bagi Sanad Tahsinul Quran pula, ianya adalah kelas khatam 30 Juz Al-Quran.
Seterusnya, dalam anda belajar di Markaz Nile, anda akan menunggu giliran untuk dipanggil bagi menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul adalah ujian untuk menentukan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar. Jika pelajar lulus di ujian ini, pelajar akan terus memasuki Maahad Buuth. Jika pelajar gagal, mereka akan ditempatkan di Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor adalah tempat di mana pelajar akan belajar secara lebih lanjut berkenaan subjek-subjek berkaitan :
- Tahsinul Quran
- Tahfizul Quran
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Setelah berjaya melengkapkan keseluruhan subjek di Dirosoh Khossor, pelajar akan diserap masuk ke Maahad Buuth untuk menyambung pengajian sehingga tamat. Sebelum menjadi seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, pelajar akan melalui kehidupan sebagai penuntut di Maahad Buuth.
Maahad Buuth adalah sebuah sekolah antarabangsa di Mesir yang tidak terhad kepada hanya pelajar Malaysia dan Mesir sahaja. Pelajar akan belajar di Maahad Buuth sehingga habis pengajian dan seterusnya akan diserap masuk ke dalam Universiti Al-Azhar.
Di Universiti Al-Azhar, pelajar boleh memilih untuk menyambung pengajian dalam Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Pengajian di universiti adalah selama empat tahun.
Anda boleh mendaftar sekiranya anda :
- Berumur 12 ke 21 tahun
- Berjantina perempuan atau lelaki
- Mempunyai keinginan yang kuat untuk menyambung pengajian
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh pergi ke laman web yang tertera : https://daulahmedic.com/ atau diĀ https://daulahmedic.com/
Jika anda memerlukan konsultasi berkenaan pendidikan, anda boleh hubungi talian :
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)