Arnab adalah sejenis haiwan mamalia. Selain daripada menjadi haiwan peliharaan, arnab diternak untuk dagingnya juga.

Seperti yang kita tahu, daging arnab banyak kelebihannya terutama sekali kesannya terhadap kesihatan. Ramai yang memilih daging arnab sebagai salah satu makanan semasa diet.

Untuk pengetahuan anda, daging arnab ini juga sesuai bagi mereka yang risau jika kandungan danging mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi. Ini kerana jika hendak di bandingkan dengan daging ternakan lain, daging arnab mempunyai kandungan kalori, lemak serta kolestrol yang rendah.

Disebabkan itu, anda semua tidak perlu terhadap penambahan berat badan jika memakan daging arnab tersebut. Bukan sahaja dalam faktor mahu kurus atau tidak mahu berat badan naik, tetapi daging arnab sangat bagus untuk mereka yang perlu mengawal tahap kolestrol serta lemak dalam badan.

BACA JUGA :   4 Jenis Makanan Yang Membuatkan Anda Cepat Gemuk

Walaupun begitu, pengambilan daging arnab mestilah juga di jaga. Sekiranya anda mengambil daging arnab secara berlebihan, kemungkinan untuk anda mendapat keracunan protein adalah tinggi. Oleh itu, di ingatkan setiap pemakanan daging arnab serta makanan yang lain mestilah di ambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

Hal ini untuk mengelakkan berlaku sebarang kemudaratan terhadap diri kita sendiri. Jika anda mempunyai sebarang sakit, adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor sebelum mengambil sesuatu makanan.

Daging arnab sesuai dalam diet makanan kerana kandungan protein, mineral serta vitamin yang tinggi dalam daging tersebut. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut, Deenamik ada menghasilkan artikel berkaitan dengan Daging Arnab Dalam Diet.

BACA JUGA :   Daging Arnab Baik Untuk Kesihatan.

Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging serta produk arnab yang lain, boleh menghubungi pihak Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah membekalkan produk arnab seperti daging arnab, bebola daging dan daging burger.

Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh melayari laman web kami dan hubungi talian di bawah.

Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here