Semut Kayap? Apa itu Semut Kayap, Semut Kayap atau lebih dikenali dengan Semut Charlie adalah sejenis serangga yang rupanya seperti semut. Serangga ini juga berukuran lebih kurang 1 sentimeter dan badannya ada belang oren dan hitam.

Jika anda digigit Semut Kayap ini anda pasti akan merasa seolah – olah kulit anda panas seperti melecur, sakit  dan kemerahan. Bahagian yang digigit tersebut dalam masa 4 hari berikut akan menggelembung sebesar jerawat. Di dalamnya mengandungi cecair jernih dan ada juga yang bernanah.

Keadaan bernanah itu akan berterusan sehingga 10 sehingga 14 hari lamanya. Ianya agak menakutkan bagi mereka yang pernah mengalaminya.

Mengapa anda perlu tahu tentang Semut Kayap ini. Serangga ini mempunyai  haemolymp (sejenis darah) yang mengandungi sejenis toksin paederin yang boleh membuatkan keradangan pada kulit manusia jika terkena.

BACA JUGA :   Adakah Malaysia masih terselamat dari gempa bumi besar ?

Jika anda tidak membersihkannya serta merta, toksin tersebut akan menyebabkan keradangan kepada kulit yang lain jika bersentuhan. Seandainya, toksin ini terkena mata ia berkemungkinan menyebabkan kebutaan sementara dan kesakitan perit.

Sekiranya anda telah digigit, anda perlu membersihkan kawasan yang digigit dengan air dan sabun. Untuk makluman anda toksin yang dikatakan tadi (Paderin) menyerap ke kulit manusia dengan lambat.

Menerusi maklumat daripada portal The Malaysian Medical Gazette,  kesan pada kulit daripada toksin ini mungkin kelihatan 12 sehingga 36 jam selepas pendedahan, bermula dengan ruam merah yang sakit yang kemudiannya melepuh dan bernanah. Keradangan kulit disebabkan oleh serangga ini dinamakan paederus dermatitis. Toksin ini juga boleh menyebabkan keradangan pada mata (conjunctivitis).

BACA JUGA :   PERSATUAN PERGIGIAN AMERIKA PUN HARAMKAN PENGGUNAAN SERBUK ARANG

Jika anda menjumpai serangga ini, pastikan anda tidak terus menepuk atau memukulnya menggunakan tangan atau kaki semasa mahu membunuhnya. Gunakan alat atau benda lain, untuk mengelakkan dari anda terdedah kepada bahaya darah serangga ini. Anda juga perlu memastikan cecair yang terhasil daripada membunuh serangga berkenaan dibersihkan sepenuhnya.

Bagi mengelakkan daripada serangga ini ada di rumah anda, pastikan anda mengurangkan cahaya lampu yang tidak diperlukan pada waktu malam. Pakai pakaian yang berlengan panjang.

Penggunaan racun serangga boleh digunakan, tetapi terdapat kenyataan di mana ia tidak berkesan disebabkan ketahanan (resistance) yang terbentuk pada serangga tersebut.

Sumber : The Malaysian Medical Gazette,  Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here