Berikutan pandemik COVID-19 yang tidak menunjukkan penurunan kes baharu, sesi pembelajaran secara bersemuka telah dimansuhkan kepada beberapa golongan pelajar.

Namun, itu bukanlah alasan untuk membatalkan terus sesi persekolahan bagi tahun 2021 ini. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah diaplikasikan untuk mengelak pelajar daripada terus ketinggalan di dalam pelajaran.

Situasi ini telah menyebabkan guru dan pelajar menjalankan sesi pembelajaran di rumah sahaja. Terdapat guru yang perlu hadir ke sekolah, namun terdapat juga guru yang perlu mengajar dari rumah.

Perkara ini telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam sesi pembelajaran iaitu dengan menggunakan gajet elektronik sebagai medium pembelajaran utama. Tidak hanya gajet, mereka juga memerlukan peranti elektronik yang lain seperti internet.

Sesuai dengan sesi PdPR ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan satu operasi yang digelar Ops Catut 8.0.

BACA JUGA :   Lockdown: Pengguna ERL Disaran Guna Perkhidmatan Alternatif Bermula Jumaat

Menurut  Datuk Rosol Wahid (Timbalan Menteri KPDNHEP), operasi yang dijalankan ini adalah untuk memantau harga jualan bagi gajet elektronik seperti :

  • Komputer
  • Komputer riba
  • Tablet
  • Mesin pencetak
  • Telefon bimbit
  • Alat telekomunikasi terutama perkakasan internet.

Operasi yang dijalankan sejak 25 Januari sehingga 27 Januari lepas telah memeriksa sebanyak 130 premis yang terdiri daripada premis jualan peranti elektronik dan komunikasi.

Sebanyak 130 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan oleh pihak KPDNHEP kepada semua premis yang dipantau. Peniaga diberikan tempoh dua hari bekerja untuk mengemukakan dokumen dan maklumat yang diminta.

Pemantauan ini akan dijalankan selama dua minggu bermula 25 Januari yang lalu. Peniaga yang dikesan melakukan aktiviti mencatut akan dikenakan tindakan berdasarkan perundangan pencatutan.

Notis yang diberikan di bawah Seksyen 21  Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 akan berkuat kuasa ke atas peniaga yang melanggarnya. Mana-mana peniaga yang gagal untuk mematuhi peraturan terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000.

BACA JUGA :   Pengguna Mempunyai Pilihan Untuk Membeli Minyak Masak Dalam Pek Polibeg.

Operasi ini dijalankan untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga kerana meningkatnya permintaan ke atas peranti elektronik untuk kegunaan PdPR.

Pengguna dinasihati untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membeli di premis-premis tertentu. Pengguna juga digalakkan untuk menyimpan resit pembelian untuk kegunaan tertentu pada masa hadapan.

Sumber : Bernama

Adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan khusunya di Indonesia? Jika ya, anda boleh mendaftar kemasukan ke Universiti Sumatera Utara bersama Daulah Educonsult.

Pendaftaran untuk kemasukan sesi 2021 ke Universitas Sumatera Utara telah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, O-Level, STPM, Diploma, Asasi dan lain-lain lepasan setaraf. Layari laman sesawang Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here