Serangan siber adalah percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana pihak untuk langgar atau godam sistem individu atau organisasi pihak lain. Serangan ini juga dikenali sebagai data breach (pelanggaran data).
Serangan siber ini boleh mengakibatkan matlumat peribadi seseorang itu didedahkan di dalam sesawang gelap melalui pangkalan data yang tidak selamat. Kaedah yang sering digunakan adalah spyware ataupun phishing.
Serangan siber ini juga dilakukan ke atas keselematan siber terhadap pembangunan dan kemajuan Revolusi Industri 4.0. Sistem keselamatan siber ini diancam oleh golongan orang pintar daripada beberapa buah negara. Mereka bersekongkol untuk melakukan jenayah siber secara berkumpulan bagi mendapatkan keuntungan tertentu.
Pada Isnin yang lalu, Anoynmous Malaysia telah mengeluarkan sebuah video berdurasi 2 minit di laman media sosial Facebook milik mereka. Pihak Anonymous ini telah menyatakan bahawa sistem keselamatan infrastruktur dan sistem siber Malaysia berada di tahap yang rendah.
Menerusi video tersebut, pihak Anonymous juga telah mengimbas semula kejadian kebocoran data syarikat telekomunikasi pada tahun 2017 yang lalu. Tidak hanya itu, mereka juga menyatakan kerajaan tidak mengambil serius berkenaan keselamatan pangkalan data.
Mereka juga mendakwa pihak kerajaan tidak mahu meningkatkan keupayaan sistem siber dan mempunyai sikap tidak ingin tahu berkaitan perkara baharu di alam siber.
Pada akhir video tersebut, pihak Anonymous telah memberikan sejenis ugutan di mana mereka bakal melakukan sesuatu untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak.
Pihak NASCA (Agensi Keselamatan Siber Negara) telah memberikan maklum balas berkaitan hal ini. NASCA menyarankan supaya semua agensi kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga.
Langkah terbaik untuk mengelakkan pangkalan data sesebuah organisasi diceroboh atau diserang adalah dengan memastikan segala perisian yang digunakan dikemas kini dan ditampal secara teratur dan konsisten.
Sumber : Malaysia Kini , Facebook Anonymous, Astro Awani
Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam?
Daftar kemasukan ke Program Madrasah Daulah untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar tanpa menggunakan apa-apa sijil pendidikan. Pendaftaran bagi sesi 2021 sudah dibuka dan anda boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult.