Semalam, sebanyak 4,214 kes positif baharu yang telah dilaporkan. Selangor adalah penyumpang tertinggi bagi kes positif ini diikuti Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 4,205 kes tempatan dan 9 kes import.
Jumlah kes kematian pada 1 Februari adalah sebanyak 10 kes. Namun, kes sembuh mencatatkan bacaan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 4,280 kes. Dalam pada itu, sebanyak 831 jumlah kluster aktif yang telah dilaporkan setakat 1 Februari 2021 dan kluster baharu yang dicatatkan adalah sebanyak 14 kluster.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula semula pada 13 Januari 2021 yang lalu, banyak reaksi daripada masyarakat yang telah diterima. Kebanyakannya memberikan reaksi yang agak negatif berikutan tiada penurunan drastik dalam jumlah kes positif yang dilaporkan.
Malaysia telah mencatatkan bilangan jumlah kes positif melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut. Perkara ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah fungsi PKP ini jika bilangan kes semakin meningkat dan tidak menurun seperti yang diharapkan.
Peningkatan ini telah dijangka oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di mana peningkatan kes boleh meningkat sehingga 8,000 kes menjelang Mac 2021.
Laman media sosial Facebook dan Twitter menjadi tempat perdebatan bagi perkara ini. Ada yang memberikan pandangan bahawa PKP perlu diteruskan dan ada juga yang mengharapkan supaya PKP ini tidak diteruskan. Ada juga yang menyatakan pandangan bahawa PKP yang longgar ini adalah punca meningkatnya kes COVID-19.
Mengikut laporan berita secara umum, peningkatan kes yang tinggi adalah berpunca daripada tempat kerja. Banyak kilang pembuatan yang telah ditutup atau ditutup sementara bagi menjalankan proses ‘swab test‘ kepada pekerja dan sanitasi di tempat kerja.
Terdapat juga kenyataan bahawa kegagalan masyarakat untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan peningkatan kes. Masih ramai yang melanggar SOP meskipun telah dilonggarkan pada kadar tertentu.
SOP seperti penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka adalah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat. Kementerian juga mengeluarkan kenyataan bahawa masih ramai yang ingkar dengan arahan larangan merentas daerah/negeri.
Bagi masyarakat yang bertanggungjawab, pematuhan SOP adalah perkara yang serius. Perkara ini adalah untuk mengelakkan lebih banyak peningkatan kes berlaku. Sekiranya anda perlu ke pasar raya atau tempat yang dikunjungi ramai orang, anda perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan kerap menggunakan sanitizer.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Anda mahu mendapatkan pendapatan tambahan sewaktu PKP? Daftar sebagai rider atau driver di Safer sekarang! Selain memperoleh pendapatan secara aktif, anda juga mampu untuk menjana pendapatan secara pasif.
Sebarang maklumat lanjut dan cara pendaftaran boleh anda dapatkan di laman web Safer di https://www.safer.my/. Pendaftaran sebagai rider atau driver boleh dilakukan di http://tinyurl.com/ycetm3vh.