Beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat banyak berita yang menunjukkan akibat dari rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Tentera Myanmar. Baru-baru ini, penunjuk perasaan di Myanmar telah ditembak mati dan beberapa kekasaran telah diterima oleh mereka.

Dalam keadaan yang tidak menentu di sana, pihak Imigresen telah membuat keputusan untuk menghantar pulang PATI warga Myanmar. Mengikut pihaknya, program penghantaran pulang PATI telah dihentikan sementara akibat penutupan sempadan.

Sumber: google image

Namun semalam, seramai lebih dari satu ribu PATI warga Myanmar telah dihantar pulang. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imegresen Malaysia, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud PATI tersebut dihantar pulang menggunakan kapal laut milik tentera Myanmar.

Penghantaran tersebut adalah mengikut kerelaan daripada PATI sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.

BACA JUGA :   Kenali Universiti-Universiti Terbaik Di Rusia.

Dalam pada itu, pihak NGO yang sebelum ini telah memohon semakan mahkamah terdapat PATI yang dihantar pulang ditangguhkan. Inti semakan tersebut adalah untuk membatalkan keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang PATI Myanmar atas faktor keselamatan.

Namun, perkara ini tidak dapat dipastikan sama ada penghantaran pulang tersebut telah dilakukan setelah mahkamah memutuskan untuk menangguh atau sebelum.

Sumber : BERNAMA

Anda berminat untuk sambung belajar di luar negara? Daftar kemasukan ke universiti di luar negara sekarang menerusi Daulah Educonsult.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan cara pendaftaran dan bidang yang ditawarkan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here