Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan satu kemudahan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. Kemudahan tersebut adalah dengan membenarkan rakyat mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dipanggil Program i-Sinar.

Terdapat 2 kategori permohonan yang ada mengikut struktur kewangan isi rumah. Kriteria utama untuk memohon pengeluaran i-Sinar adalah belum berumur 55 tahun. Selain daripada itu, kriteria permohonan adalah mengikut kategori.

Namun, baru-baru ini Menteri Kewangan telah mengeluarkan kenyataan di mana kerajaan akan mengambil langkah untuk memansuhkan syarat bagi permohonan perngeluaran i-Sinar. Perkara ini adalah untuk memudahkan rakyat menjalani kehidupan pada saat genting ini.

Tambahan daripada itu, bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini, permohonan tersebut akan diluluskan secara automatik. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat sehingga bayaran maksimum diterima mengikut kategori. Pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah mengikut baki simpanan di dalam akaun 1.

BACA JUGA :   Pejabat KWSP Sesak Kerana i-Sinar
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000
Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1). Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).

Berikut adalah cara untuk anda membuat permohonan baharu bagi Program i-Sinar.

Dengan adanya pemansuhan syarat ini, rakyat dapat menggunakan wang yang diterima dengan sebaik-baiknya. Ahli juga disarankan untuk menerima berita rasmi daripada pihak KWSP sendiri jika terdapat apa-apa perubahan.

Sumber: Harian Metro

Anda mahu jana pendapatan tambahan sepanjang PKP ini sebagai ‘Abang Rider atau Driver’? Daftar bersama Safer sekarang untuk menjalankan perkhidmatan bersama Safer. Safer kini tidak akan menolak sebarang caj penolakan komisen kepada semua komuniti yang mendaftar bersama Safer.

BACA JUGA :   Bangunan KWSP Terbakar : Data Penting & Wang Simpanan Tidak Terjejas

Jana pendapatan bersama Safer sekarang! Pendaftaran sebagai rakan penghantar atau pemandu boleh dilakukan di http://tinyurl.com/ycetm3vh. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh klik pautan di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here