Pada sidang media yang lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan kelulusan untuk membenarkan penonton untuk ke stadium atau tempat kejohanan sukan berlangsung. Perkara ini akan berkuat kuasa pada 1 April hadapan.
Antara kejohanan sukan terdekat yang akan mempunyai penyokong berada di tempat kejohanan adalah kejohanan bola sepak Liga Super. Liga Bola Sepak Malaysia telah mengesahkan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Melaka United FC pada 2 April.
Tambahan, aksi perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Sabah juga akan berlangsung dan dipilih sebagai projek perintis bagi menilai keberkesanan protokol pengurusan SOP penonton. Perlawanan ini pula akan berlangsung pada 3 April.
Tempat perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras. Keputusan untuk membenarkan kehadiran penonton pada dua sesi perlawanan tersebut adalah sebagai percubaan untuk mengaplikasikan SOP yang telah ditetapkan.
Antara SOP utama yang ditetapkan adalah membuka 10% daripada kapasiti tempat atau membenarkan 2,000 penonton di kawasan PKPB manakala di kawasan PKPP adalah sebanyak 25% atau 8,000 penonton. Ianya perlu disertakan dengan kawalan dan seliaan dari pihak berwajib sepanjang masa.
Sumber: BERNAMA
Anda mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara? Lakukannya bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult telah membuka pendaftaran bagi kemasukan tahun 2021.
Antara pilihan negara yang boleh dipilih adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Bidang pengajian juga adalah pelbagai dan ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, Asasi, Diploma, IB dan setaraf.
Berminat untuk menegtahui perkara ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)