Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan kebanyakan negara dunia. Dalam keadaan pandemik ini, hubungan antara Malaysia dan negara luar perlu untuk dieratkan.  Perkara ini adalah untuk memastikan tiadanya permasalahan dari segi hubungan diplomasi atau perdagangan.

Namun, pada awal bulan ini, terjadinya sebuah perkara yang tidak dapat dielakkan di mana Malaysia telah mengambil tindakan untuk mengekstradisi seorang ahli perniagaan warga Korea Selatan ke Amerika Syarikat.

Ekstradisi adalah pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara berkenaan.

Perkara ini berpunca daripada permintaan A.S. untuk menahan ahli perniagaan atau Mun Chol Myong atas sebab kesalahan pengubahan wang haram. Mun dikatakan telah ditahan pada 2019 yang lalu dan menjalankan perbicaraan di sini.

BACA JUGA :   Bagaimana Pelaburan China Berjaya Transformasikan Ekonomi Malaysia ?

Mun Chol Myong dikatakan telah tinggal lebih dari 10 tahun di Malaysia. Disebabkan keputusan ini, pihak Korea Utara telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia yang telah terjalin sejak tahun 1973.

Meskipun Malaysia dan Korea Utara pernah mempunyai sejarah yang tidak baik pada 2017 akibat pembunuhan Kim Jong Nam. Korea Utara tidak membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomasi walaupun beberapa perkara berkaitan visa ditarik semula.

Tindakan Korea Utara ini telah menyebabkan Malaysia mengeluarkan duta dan kakitangan Korea Utara dari Malaysia. Mereka telah diberikan tempoh dua hari untuk keluar. Sewaktu itu, konsultan duta Korea Utara telah memberikan seakan amaran bahawa Malaysia akan terima akibat dari tindakan pengektradisian tersebut.

Tambahan itu, pihak Korea Utara juga menyatakan tindakan ini telah mencalarkan kedaulatan mereka. Oleh yang demikian, terdapat rakyat yang bertanya berkaitan keselamatan negara apabila berlakunya situasi ini.

BACA JUGA :   Pelajar IPT Perlu Lalui Prosedur Ketat Untuk Pulang Menyambut Aidilfitri.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan, perkara ini tidak akan menggugat keselamatan negara dan menyerahkan pihak Wisma Putra untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

Anda berminat untuk jana pendapatan pasif secara berterusan? Daftar sebagai pengguna atau rakan penghantar atau pemandu untuk mengaktifkan pendapatan pasif.

Ianya boleh dilakukan dengan berkongsikan referral code kepada bakal pengguna baharu Safer sama ada sebagai pengguna atau rakan penghantar/pemandu. Maklumat lanjut boleh didapati di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here