Berikutan penamatan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 4 Mac 2021. Pihak Kementerian Keselamatan Negara melalui Menteri Kanan (Keselamatan) telah mengeluarkan kenyataan baharu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh Malaysia.

Di dalam kenyatakan yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kawasan-kawasan berstatus PKP akan bertukar kepada PKPB pada 5 Mac. Negeri tersebut adalah WP Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Negeri berstatus PKPB kekal Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Sarawak dan Kelantan.

Oleh yang demikian, pergerakan rentas daerah di dalam negeri masing-masing sudah dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah. Tambahan daripada itu, pergerakan rentas daripada Selangor ke WP Kuala Lumpur juga dibenarkan kecuali pergerakan ke WP Putrajaya.

BACA JUGA :   KKM Pendekkan Tempoh Kuarantin Kepada 10 Hari.

PKPP pula dijalankan di negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Bagi kebenaran pengoperasian dalam sektor perkhidmatan/pelancongan pula kerajaan telah membenarkan pembukaan :

  • Hotel (F&B, Premis produk hotel)
  • Produk Pelancongan (Farms, Zoo, Aquarium, Pusat Edutainment, Taman Rekreasi)
  • Pusat Seni Budaya (Muzium, Galeri Seni, Kampung Warisan, Pentas Persembahan)
  • Pusat Hiburan Keluarga (Taman Tema, Pawagam)
  • Pusat Kecantikan (Spa, Pusat Refleksologi, Pusat Urutan)

Kawasan PKPB = Benar dibuka dengan memuatkan kapisiti pelanggan sehingga 50% sahaja.

Kawasan PKPP = Benar dibuka dengan kapasiti pelanggan penuh.

Selain itu, terdapat juga kelonggaran lain yang telah dibenarkan iaitu berkaitan majlis-majlis rasmi dan keraian.

Kebenaran dan kelonggaran ini diberikan kerana terdapatnya penurunan dalam kadar kebolehjangkitan dalam kalangan komuniti.

BACA JUGA :   Penyakit Kulit Menyerang Lembu Dan Kerbau Di Perak.

Sumber : Sidang Media Kementerian Keselamatan Negara

Adakah anda sudah mengaktifkan akaun Safer? Jika belum, pastikan anda mendaftar sekarang dan muat turun aplikasi Safer di telefon pintar anda!

Selain daripada menggunakan perkhidmatan di Safer, anda juga boleh menjana pendapatan pasif secara berterusan melalui perkongsian referral code. Untuk maklumat lanjut berkaitan Safer, anda boleh klik pada mana-mana pautan di bawah.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here