EPF atau nama lainnya KWSP merupakan satu simpanan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bermula tahun 1991. Simpanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kegunaan pencarum semasa hari-hari tua atau masa pencen pencarum. Kelebihan EPF ini adalah ianya telah ditolak terus semasa kita menerima slip gaji.

Dengan mendaftarnya ahli pencarum di bawah EPF, majikan akan terus membahagikan bahagian simpanan mengikut peratusan yang telah ditentukan. Secara tidak langsung, ahli sudah mempunyai tabung simpanan untuk masa hadapan. Adapun begitu, adakah anda yakin simpanan di EPF tersebut mencukupi buat anda pada hari tua nanti.

Ditambah dengan kemudahan i-Sinar yang telah diluluskan kerajaan, kebanyakan ahli telah mengeluarkan sebahagian wang simpanan di EPF. Justeru, bagaimana jika ianya tidak mencukupi? Ha.. Oleh itu, Deenamik mahu memperkenalkan satu pelan simpanan yang boleh anda buka untuk digunakan pada hari-hari tua nanti.

Pelan simpanan tersebut adalah Pelan Simpanan Eksklusif dari Tycoon Group. Jika EPF menawarkan dividen daripada 2.5% sehingga 6%, Pelan Simpanan Eksklusif pula memberikan dividen sebanyak 3-6%. Bagi Pelan Simpanan Eksklusif, anda tidak digalakkan untuk mengeluarkan Dividen.

BACA JUGA :   Ketahui Cara Menyimpan Dengan Lebih Sistematik Melalui Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group.

Perkara ini kerana selama mana anda tidak mengeluarkan dividen yang terkumpul, anda akan menerima Aliran Pendapatan Terjamin. Apakah Aliran Pendapatan Terjamin? Aliran Pendapatan Terjamin adalah manfaat yang akan anda peroleh selama mana anda tidak mengeluarkan mana-mana wang simpanan atau dividen yang disimpan. Peratusan nilai Aliran Pendapatan Terjamin adalah berbeza mengikut jenis pelan yang dibuka.

Bagi anda yang masih muda belia, anda digalakkan untuk membuka akaun dari jenis Pelan Simpanan Eksklusif 20. Nombor tersebut mewakili jumlah tahun simpanan di mana ahli perlu menyimpan wang mengikut jumlah tahun yang telah ditetapkan. Perlu diingatkan, ahli penyimpan akan menerima tambahan tempoh perlindungan dan perlu menunggu tempoh tersebut tamat.

Setelah tempoh simpanan serta perlindungan tamat, anda sudah boleh mengeluarkan wang tersebut untuk apa sahaja kegunaan. Rata-rata akan menggunakan wang simpanan untuk kegunaan masa-masa tua atau sebagai tabung pendidikan anak-anak. Disebabkan ianya merupakan simpanan yang berjenis jangka masa panjang, simpanan tersebut sememangnya hanya akan digunakan setelah ahli berumur di lingkungan 50 ke 70-an.

Adapun begitu, bagi ibu bapa yang mahu membuka akaun untuk anak-anak mereka sejak lahir, anda juga boleh berbuat demikian untuk kemudahan mereka di usia dewasa nanti. Mereka mungkin boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar semula pinjaman pendidikan atau membeli rumah di usia muda atau membangunkan perniagaan sendiri.

BACA JUGA :   Simpanan Untuk Jangka Masa Panjang Menerusi Projek Mustang.

Selain membuka akaun simpanan dan melakukan simpanan secara bulanan atau tahunan, ahli penyimpan Pelan Simpanan Eksklusif juga boleh menjalankan bisnes bersama Tycoon Group. Tycoon Group juga membuka peluang kepada ahli penyimpan untuk bersama-sama jana pendapatan sampingan. Dengan itu, tidak hanya sekadar membuka akaun simpanan, anda juga boleh menjalankan bisnes bersama-sama Tycoon Group.

Bisnes ini merupakan bisnes yang mengajak orang lain untuk turut membuka akaun simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif. Nilai peratusan yang paling tinggi yang boleh diperoleh ahli adalah sebanyak 35%. Nilai tersebut merupakan komisen yang akan masuk terus ke dalam akaun anda. Mahu ketahui tawaran ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Tycoon Group menerusi:

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here