Semalam, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat satu posting di laman media sosial Facebook beliau. Posting tersebut mengandungi sebuah gambar dan catatan panjang lebar.

Ringkasan daripada catatan tersebut, Najib Razak telah mengesahkan bahawa beliau telah diberikan notis bankrap daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri setelah beliau pulang dari menjalani rayuan kes di mahkamah. Beliau menerima sebuah notis berkaitan ringkasan penghakiman cukai pendapatan dari tahun 2011 sehingga tahun 2017.

Berdasarkan notis tersebut, Najib Razak perlu membayar RM1.69 bilion di tambah dengan kadar faedah setahun atas baki dari tarikh 22 Julai 2020 sebanyak 5%. Maka, jumlah yang perlu dilunaskan adalah sebanyak RM1.74 bilion yang sudah ditambah dengan kos mahkamah sebanyak RM15 ribu.

BACA JUGA :   Najib Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Sempena PRU 14 – Strategi Yang Bijak ?

Beliau menyatakan situasi beliau seperti luka yang ditaruhkan garam. Beliau juga menyuarakan bahawa notis ini mempunyai agenda lain seperti ianya untuk menyingkirkan beliau dari politik.

Dengan notis bankrap ini, beliau akan kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen Pekan dan bakal membuka laluan kepada Pilihan Raya Kecil. Beliau juga menyatakan di dalam catatan tersebut beliau bakal kehilangan wang simpanan untuk sara hidup dan pembiayaan peguam beliau.

Mahkamah Tinggi Sivil menetapkan 11 Jun untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu.

Sumber: Facebook Najib Razak, BERNAMA

Anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam? Daftar kemasukan untuk sambung belajar di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

BACA JUGA :   Bagaimana Pelaburan China Berjaya Transformasikan Ekonomi Malaysia ?

Pelbagai program bidang yang telah ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan pendaftaran boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult. Kemasukan adalah pada sesi September 2021. Daftar segera sebelum kuota penuh atau ditutup.

Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk informasi lanjut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here